Anak Islam, atau?

Salam.

Balik dari KBM tadi, cukup letih. Tak tahu kenapa. KBM kali ni macam kurang sikit penghayatan, mungkin kerana pelajar-pelajarnya juga tidak memberi respon yang baik. Mungkin mereka cuba, tetapi gangguan-gangguan sesetengah pelajar menyebabkan konsentrasi mereka juga terganggu.

 Gambar hiasan: KBM SMK Dato' Onn

Balik dari KBM tadi, sempat berborak dengan kak Nurul. Sebenarnya nak tidur, letih sangat. Kepala pula berdenyut. Lepastu kak Nurul macam nak berborak, so dia duduk atas katil di bahagian kaki, sementara aku pula terbaring, tapi macam menyandar dekat kepala katil. Macam-macam kitorang sembang, tapi aku tak ingat apa benda. Sebab ada satu topik yang merujakan aku.

Kak Nurul mengandung sebulan lebih. MasyaAllah. Subhanallah. Alhamdulillah. Masa dengar tu, excited sangat-sangat-sangat. Due date dia 3 Disember. Adik-beradik kami tak adapun yang lahir bulan 12. InsyaAllah, cucu sulung mak dan abah lahir bulan 12. Dan aku, bakal dapat anak saudara. Anak sendiri? Belum ada rezeki lagi, sebab belum kahwin.

Seronok sangat. Aku terus mesej one of my adik usrah. Memang teruja gila. Tak tahu kenapa aku terlalu gembira. Penat tadi, terasa hilang terus.

Dalam 4 lebih sikit, kak Nurul turun bawah. Aku tidur.

6.40 petang, entah macamana tiba-tiba aku terjaga dalam keadaan tersentap. Tapi tak ingat kalau-kalau aku ada termimpi apa-apa. Seingat aku, macam tak ada apa-apa. Alhamdulillah, mujur terjaga. Kalau tak, hangus solat Asar aku. Lepas solat Asar, lagi sekali tertidur, Dengan telekung-telekung sekali tertidur atas sejadah. 7.20 petang, bunyi telefon. Terus terjaga. Subhanallah. Pelbagai cara Allah kejutkan hamba-Nya. Aku bersyukur sangat.

Mengenangkan adik-adik di SMK Munshi Sulaiman, sangat menyedihkan. Mula terfikir, macamana masa depan adik-adik yang masih kecil hari ini? Apakah mereka akan tergolong dalam orang-orang yang menegakkan agama Islam, ataupun perosak agama Islam (nauzubillah). Tetapi, keadaan umat Islam di Malaysia hari ini sangat kritikal. Ibu bapa tidak mendedahkan cara hidup sebagai seorang Islam kepada anak-anak. Akhirnya, guru-guru di sekolah yang dipersalahkan. Apakah manusia itu adil?

Ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil, fikirkanlah masa depan anak-anak. Bagaimanakah kita ingin corakkan mereka? Adakah kita ingin lihat mereka hidup terurus dengan sistem Islam dalam kehidupan mereka, atau membiarkan jahil-jahil dunia meresap dalam tubuh badan anak-anak kita? Tidak cukup hanya solat dan mengaji sahaja, tetapi cara hidup juga perlu diterapkan. Contohnya, aurat perlu dijaga bagi adik-adik perempuan (juga lelaki), sekat pergaulan bebas anak-anak kerana ini adalah punca kepada keinginan untuk bercinta lebih mendalam. Memang ianya fitrah, tetapi anak-anak masih boleh dibentuk dan mereka tidak akan terikut budaya itu jika ibu bapa sentiasa mengingatkan.

Buat ibu bapa, anda bijak jauhi zina. Maka, buktikan pada semua orang, anak-anak kita bukan penzina. Jadi, sentiasa memantau kehidupan anak-anak, dedahkan mereka dengan ilmu-ilmu Islam dan juga serapkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang baik, yang berunsurkan Islam. Sebab, kebanyakan aktiviti hari ini, jauh dari matlamat kita sebagai orang Islam. Solat tidak diwajibkan. Tiada tazkirah untuk peringatan bersama. Pergaulan tidak dijaga. Pakaian juga diringan-ringankan. Astaghfirullah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;