Sengal Sungguh

Badan. Oh, janganlah membuat perkara yang tidak memberi manfaat kepada amalan kamu. Oh, main CafeWorld boleh bantu aku jadi tukang masak dirumah suatu hari nanti.

Salam.

Hari-hari yang memenatkan.

Semakin penat kita melakukan kerja dakwah, semakin besar ganjaran dari Allah. Dengan syarat lillahita'ala. Insyaallah.

Nampak macam mudah untuk mendapat ganjaran itu, tetapi Subhanallah hanya Allah saja yang tahu, penat yang bagaimana yang dimaksudkan penat? Kalau sekadar bawa usrah setiap minggu, adakah itu sudah cukup untuk dikategorikan dalam penat? Wallahualam.

Sakit-sakit badan di Mersing belum pulih sepenuhnya, bertambah-tambah lagi sakit ini. Hebat!

Jumaat baru-baru ni, lepas usrah adik-adik aku bawa diorang bermain kayak. Semuanya teruja. Ada yang baru pertama kali berkayak, bertambah-tambah ceria dengan gelagat mereka. Best sangat! Ya Allah, moga hati-hati ini terikat kerana-Mu.

Ketika daurah tadi, penceramah buat aku terfikir dalam-dalam. Bagaimana cara kita nak mengenal mutarobbi kita? Salah satunya, amati sikap mereka semasa bersama-sama kita. Setiap respon yang mereka berikan adalah jawapan kepada setiap persoalan yang berlegar-legar dalam otak kita. Siapa mereka? Benda ni sebenarnya kita dah tahu, cuma tiada fokus.

Sabtu pagi, aku dan beberapa orang sahabat bergerak ke JB untuk daurah penggerak-penggerak baru. Oleh Pak Wahid, Usul Isyrin dan Ustaz Ajmain, Persiapan Para Da'ie. Penyampaian yang mantap dan mudah difahami. Sesuai dengan penggerak baru yang sudah bersedia dengan tanggungjawab yang lebih berat. Mabruk!

Malam tu kami ada makan-makan di rumah kak Mar. Kononnya bersempena anak sulungnya yang sudah berumur 2 tahun. Sangat comel!

Ahad pagi, daurah di BP. Adik-adik dari KMJ tak dapat hadir sebab tengah final. Sepatutnya Nur pun patut hadir sebagai penggerak atau wakil dari UiTM Segamat, tetapi ada program KBM di sana. Sayang rasanya bila UiTM Segamat tak dapat join kebanyakan daurah Johor-Utara, sebab aku rasa daurah-daurah sekarang nampak lebih mantap dan segar berbanding dahulu.

Rindu betul dekat rumah! Minta maaf pada abang ngah dan kak Nurul sebab tak dapat langsung jumpa diorang. Pagi tadi je sempat bersua muka, itupun memang mamai gila baru bangun subuh. Keletihan yang amat. Ingat nak borak panjang sikit lepas Subuh! Tetapi, malangnya aku terlelap lepas baca maathurat. Sedar-sedar dah pukul 7 lebih. Kelam kabut gosok baju dan mandi. Entahlah, badan ni rasa letih sangat. Ya Allah, berilah aku kesihatan tubuh badan untuk memudahkan kerja dakwahku! Amin! Dan thank you so much abang ngah sebab pasang komputer ni.

Esok insyaAllah ada syura dan takwim perancangan untuk semester hadapan. Hehe! Lawak gila. Diorang boleh suruh aku jadi Fasi untuk program MHS (Minggu Haluan Siswa) UTHM, terkejut aku. Sebab diorang kata dah ramai dah buat. Biar betul? Mudah macamtu? Kak Mar pula sibuk tanya, Kausar bila nak dapat panggilan kerja dekat UTHM ni? Tak tahu!!!

Disebabkan terlalu fikirkan tarbiyah dan dakwah di Parit Raja, terasa macam nak sambung belajar di UTHM, tetapi aku rasa tak boleh transfer kredit. So, kena ambil juga 3 tahun. Kalau sambung UiTM setahun setengah je belajar, 6 bulan praktikal. Dan, aku rasa macam tak nak sambung di UTHM. Oh, akhawat di Parit Raja memang kritikal, aku akui. Terasa diri ini kerdil sangat, tidak sanggup berkorban untuk sesuatu yang baik? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Apa-apapun tahniah untuk Ikhawah UTHM sebab perancangan yang diorang bentangkan tadi cukup mantap. Dan diorang bakal ada 13 orang lagi penggerak baru untuk semester hadapan. Moga mereka itu seperti sahabat-sahabat Rasulullah yang aqidahnya cukup mantap dan sukar untuk futur. InsyaAllah.

Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan perminataan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memathu perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. ( 2 : 186 )

Adakah kamu kira permintaanmu akan termakbul sedangkan kamu tidak langsung mematuhi perintah-Nya, dan tidak pula kamu meninggalkan segala larangan-Nya? Sama-sama kita muhasabah. Allah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;