Adakah ini Rindu?

Salam.

Sejuru selepas mata terkatup, fikiran terus melayang ke Loughborough Town Centre. Aduh!

Oh, dan aku terus teringat. Boots Pharmacy, Next, WHSmith, Somerfield, Tesco, Sainsbury's, Lloyds Bank (aku guna bank ni masa di UK dulu), Burleigh Community College, Limehurst High School, Cobden Primary School, Loughborough College, Loughborough University, Pilkington Library, Grammar School, Leisure Centre, Fun Fair, One By One, Queens Park, Beacon Hill, Library Town Centre, Loughborough Bell Foundy, Maxin, Cinema, Carboot sale, kedai ayam dekat Nottingham, Rawlins College (sekolah abang ngah dulu), oh, dan macam-macam lagi.

Tower ni di Queens Park. Aku pernah naik tower ni. Entah apa namanya aku tak pasti. Yang penting, sangat penat dan pening naik tangganya. Yelah, tangga yang berpusing-pusing tu. Pernah sekali tu nak naik lagi sekali selepas di ajak, tapi alhamdulillah tutup pula. Hehe! Bila jerit kuat-kuat, tak ada siapapun dengar, tu yang best. Yake tak ada orang dengar? Confident je.

Selalu jugalah lepak dekat Pilkington Library, buat semak je. Haha! Pilkington ni letaknya di dalam Loughborough University. Selalu ikut member lepak dekat sini. Main komputer. Dulu kitorang memang gila internet. Gila chatting. Gila myspace. Argh! Terlalu banyak kegilaannya dalam dunia cyber dahulu kalanya. Hari ini, bertambah-tambah gila dengan bilangan pengguna yang semakin meningkat. Mujur level kegilaan tidak melebihi had yang sepatutnya.

Kilang ini tersangat hampir dengan rumah aku. Ya, bila hari Ahad memang lama sangat loceng berbunyi, almaklumlah hari untuk mengajak umat mereka bersembahyang. Kadang-kadang pelancong datang membuat lawatan. Wah, aku pun macam banggalah juga. Sebab dekat dengan rumah sendiri. Hehe! Bila nak pergi bandar je, biasanya memang akan lalu kawasan ni, lebih dekat. Nak pergi kerjapun kadang-kadang lalu kawasan ni. Tapi nak pergi kolej tak bolehlah lalu sini, jauh sikit nak ambil bas. Adik-adik pergi sekolah, WAJIB lalu kawasan ni, sebab sekolah belakang ni je.

Oh, segalanya tinggal kenangan.

Akhir kata, sekolah, aku dan kamu. Moga hari ini, hidup kita lebih baik daripada hari-hari terdahulu. Segalanya manis, tetapi adakah manis itu mampu menjadi saksi ke syurga di akhirat kelak?


The friends from left: Me, Steph, Atin, Isya, Asha and the only guy is Atiq.

Wassalam.

0 Shreks:

 
;