Kreatif Untuk Berdamping

Salam.

Sekarang ni sepatutnya sedang mengemas baju untuk ke Mersing esok. Hari ni tak sempat nak buat apa-apa. Bangun tidur je, teurs fikir ide dan bahan-bahan untuk kelas tuisyen pukul 3. Alhamdulillah. Setiap soalan-soalan dan latihan-latihan yang mereka buat biasanya aku akan beri mereka sticker yang comel-comel. Sticker Islamik daripada krafHati. Bagus sebenarnya untuk kanak-kanak sebab mereka tertanya-tanya apakah maksud ayat-ayat tertentu didalam sticker tu. Lebih-lebih lagi aku mengajar English, dan merekapun tak faham dalam English. So, peluang untuk kita explain dan fahamkan sedikit tentang Islam. Mereka tidak dididik sebagai seorang Islam yang sempurna, jadi tanggungjawab aku untuk cuba terapkan walaupun sedikit.


Untuk usrah, kurang sangat persediaan. Sepatutnya salah seorang adik yang bentangkan, tetapi dia terlupa! Akupun tak terfikir pula dia akan lupa. Ingatkan dia main-main, rupanya dia memang betul-betul lupa! Tergelak kecil aku tengok. Tak apalah. Jadi, aku refresh semula apa yang kami telah kongsi usrah sebelum ni. Perkongsian yang menarik dan merekapun mudah faham. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kita nikmat untuk menuntut ilmu dan permudahkan ilmu-ilmu itu masuk sampai ke hati. Lepas dah masuk hati, apa jadi? Jangan peramkan, tapi amalkan.

Insyaallah, tak ada niat untuk menaip panjang lebar. Memang mengantuk dan penat (tambah sakit kepala tiba-tiba), jadi perlukan rehat yang lebih. Lagi-lagi esok pagi akan bertolak ke Mersing dengan bas lompat-lompat je. Jadi, kemungkinan untuk penat itu bertambah-tambah. Tapi tak apa, kita serahkan semuanya pada Allah kerana penat itu juga adalah nikmat.

Dalam kereta tadi kami berborak pasal sambung belajar. Diorang ni kebanyakannya lepasan SPM dan STPM. Jadi, memang topik sambung belajar selalu saja menjadi topik hangat dalam perbualan. Ada yang kata tak sanggup nak sambung belajar sebab terlalu takut dengan kehidupan luar yang penuh liar dan mencabar. Sungguh, aku tak nafikan itu. Risiko ada dimana-mana. Sebab tu kita harus sentiasa mengikat diri kita kepada sahabat-sahabat yang boleh dipercayai supaya kelak, kita sentiasa diperingatkan. Cuma, hendak dan tak hendak sahaja, pilihan ditangan kita. Allah telah memberi kita jalan, hanya nafsu dan iman sahaja penentu kehadapan, tiada diantaranya.


Perbualan yang tak boleh lupa, "Kak Kausar dah habis belajar? Diploma ya?"

"A'ah."

"Tulah, I dah suruh dia sambung belajar, degil."

"Tak apalah, akak sambung bila dah kahwin."

"Eh, bukan orang yang nak kahwin ni biasa untuk sambung Master ke?"

"Tulah, kak Kausar ni pelik. Nanti nak sambung Degree dengan anak lagi. Macamana? Tak boleh fokus."

"Alah, rileklah. Lagi best. Ada supporter."

"Yelah tu."

Perbualan BOLD adalah ayat aku. Entahlah, tak tahu kenapa aku rasa macam tak ada masalah kalau nak sambung belajar selepas kahwin. Adakah aku tak fikir jauh, atau aku berfikir terlalu singkat? Yang aku tahu, aku cuma merancang, apa yang penting aku bersedia dengan segala kemungkinan.

Hujung tahun ni? Naqibah aku tanya. Atas kepala aku terus penuh dengan tanda tanya. Mana nak cari ni kak? BM.

Wallahualam.

1 Shreks:

Tarhata Kiran said...

assalamu'alaykum..

huhu...Kausar... nak kahwin masa degree..?

 
;