Aku Ingin Berjuang?

Salam.

Sekali-sekala, aku terasa bagaikan sudah melalui fasa yang menggembirakan. Walaupun tanpa kerja dan kerjaya, aku seronok membantu sahabat-sahabat disini. Tetapi, aku rasakan perkara ni perlu difikirkan dengan lebih serius. Sampai bila aku nak jadi begini? Siapa tak risau, betul? Cuma bukan rezeki aku lagi? Incorrect! Usaha kurang. Itu jawapannya.

Dunia dan akhirat perlu balance. Perlu ada keseimbangan di antara perkara-perkara akhirat dan juga keduniaan. Cuma, biarlah dunia itu tidak menakluk hati kita sehingga mengorbankan nilai-nilai agama itu sendiri, tetapi kita genggam dunia itu dengan genggaman yang sebenar-benarnya didalam tangan kita. Kemudian, kita manfaatkannya sebagai ladang untuk diusahakan supaya ianya boleh dibawa ke akhirat kelak. InsyaAllah, moga hasil tanamannya semakin banyak dan membanyak untuk di buat bekalan selepas mati nanti.

Teringat sebuah nasyid dari Qatrunada. Apakah benar engkau pejuang? Liriknya terlalu dalam sehingga menusuk kalbu. Terasa diri ini barangkali ada leka sedikit. Mungkin juga terpesong dari niat asal. Lirik ini benar-benar mampu membuat seorang pejuang itu berfikir, dan terus berfikir. Adakah benar perjuangan yang kita laung-laungkan selama ini?

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan??
 Wallahualam.

0 Shreks:

 
;