Berfikir krn Allah

Subhanallah.

Hari minggu yang memenatkan, tetapi terlalu banyak pengisian dan pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Dari sekecil-kecil keadaan, sehinggalah sebesar-besar kejadian, terlalu besar nikmat Allah bagi orang-orang yang berfikir.

Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa berfikir sesuatu kerana Allah, untuk jalan Allah, hanyalah Allah didalam hatinya. Tidak ada sesuatu yang lain lebih diutamakan selain dari jalan Allah. Maka, apakah yang sedang kita lakukan sekarang ini? Apakah benar-benar kerana dan untuk Allah semata-mata?

Maka, kita muhasabah balik apakah TUJUAN utama kita diciptakan? Adakah sebagai seorang DOKTOR? PEGUAM? PENSYARAH? PELAJAR?

Sedang lipat-lipat baju muslimah untuk dijual, hati aku terdetik. Alangkah seronoknya jika aku sendiri yang dapat memiliki baju-baju ni (sebab bajunya sangatlah comel, tergoda iman walaupun sudah memiliki satu). Tetapi, aku tidak boleh mementingkan keinginan kerana duit yang ada lebih diperlukan untuk kepentingan dakwah. Duit minyak kereta untuk bawa adik-adik ke usrah bahkan untuk bawa kawan-kawan ke usrah/daurah, duit nak bagi pinjam sahabat-sahabat yang memerlukan, duit untuk adik-adik kalau diorang tiba-tiba tak ada duit nak makan sama-sama, macam-macam duit tu boleh digunakan, maka manfaatkan sebaiknya.

Sedar akan kedudukan sekarang ni.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;