Dulu + Kini = Kenangan x (blog) = Hidup/Matang = TQ Allah

Tadi, aku telah memindahkan beberapa entri dari kausar.org ke mexme-aim.blogspot.com sebagai kenangan tetapi belum siap lagi sebab banyak sangat. Lepasni kausar.org akan ditutup sepenuhnya dan aku tidak mahu semua kenangan berada disana, biarlah ia bersama-sama disini.


Sekali gus aku terkenang hidup sebagai seorang blogger dalam tempoh 6 tahun yang lalu. Bermula dengan mexme.diaryland.com daripada April 2004 sehingga April 2006 dengan tema |[ Life is Complicated ]|. 2 tahun aku setia bersama Diaryland. Kemudian aku berpindah ke mexme-life.blogspot.com sehinggalah June 2007 dengan tema |[ Life Must Go On ]|. Seterusnya aku berhijrah ke mexme-aim.blogspot.com dengan tema |[ L i f e . 4 . A I M ]| tapi sekejap je sebab ada orang sponsor website dan terus pindah ke kausar.org dengan tema yang sama.

Tujuan perpindahan yang banyak ini adalah atas dasar keinginan untuk berubah menjadi lebih matang dalam penulisan. Bolehlah kalau nak usha bentuk-bentuk penulisan aku masa kanak-kanak sampai sekarang, cukup berbeza. Betul kata sahabat aku, hidup di Malaysia terlalu banyak hiburan, kosong berbanding hidup di UK. Aku terpaksa akur dengan kata-katanya yang telah menetap lama di UK. Kalau aku diberi pilihan sama ada tinggal di Malaysia atau di UK, mungkin aku akan memilih UK where knowledge is everywhere. But Malaysia, entertainment is a must.

Tetapi aku tidak ada pilihan.
 
;