Usrah itu Keluarga


Usrah bukan hanya duduk dan mendengar. Bukan hanya membaca buku semata-mata kemudian disampaikan kepada ahli yang lain. Bukan duduk bersila, tunduk, mencatat nota, kemudian pulang dan campak semuanya di atas meja. Bukan. Kalau itulah usrah, lebih baik tak perlu habiskan setiap minggu menghadiri usrah, kerana banyak lagi majlis ilmu lain yang sebegitu.

Usrah adalah keluarga. Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang penuh kasih sayang. Keluarga yang cemerlang, adalah keluarga yang seimbang dunia dan akhirat. Itulah usrah. Bagaimana untuk membentuh usrah muntijah? Ianya subjektif dan mengikut kreativiti masing-masing. Bukan senang, bukan mudah, kerana ahli-ahli usrah adalah manusia biasa yang mempunya pelbagai ragam dan latarbelakang.

Sama seperti keluarga. Anak sulung, tidak sama kehendaknya dengan anak bongsu. Cara dibesarkan juga berbeza. Ini adalah disebabkan environment yang berbeza. Anak sulung biasanya dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, kerana kehidupan baru suami isteri dalam berumah tangga adalah langkah pertama. Anak bongsu pula dibesarkan dalam keadaan semuanya sudah ada, lengkap. Kehidupan suami isteri sudah bertambah baik dan banyak pengalaman telah mereka pelajari sepanjang perjalanan hidup mereka.

Sama seperti usrah. Ada diantara mereka hidup serba ada, tidak susah. Ada pula yang lahir dari golongan sederhana atau golongan susah yang kurang berkemampuan. Maka, keperluan mereka adalah berbeza-beza. Mungkin salah seorang memerlukan bantuan dari segi kewangan, mungkin diantara mereka memerlukan bantuan dari segi ilmu atau akhlak. Masing-masing berbeza. Sebab itulah didalam usrah lahirnya 3 rukun sebagai asas didalam usrah iaitu TA'RUF, TAFAHUM dan TAKAFUL. Ketiga-tiga ini penting bagi membentuk usrah muntijah (usrah yang berjaya).


Apabila kita sayangkan ahli-ahli usrah kita, maka kita akan buat yang terbaik untuk memastikan mereka sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukan susah untuk susah, dan bukan senang untuk senang. Menjaga ahli-ahli usrah adalah sangat penting. 24 hours kalau boleh kita peruntukan masa untuk mereka kerana kita tidak tahu waktu bila mereka memerlukan kita. Bukan 1 hari daripada seminggu sahaja hanya ketika usrah dijalankan semata-mata.

Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab Al-Quran dan Hikmah (sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui. (2:151)

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;