Maafkan Mereka

Salam.

Alhamdulillah, selepas kesibukan menyibuk di UiTM Segamat pada hari Khamis yang lalu, aku menyambung kesibukan dengan membawa adik-adik usrah ke daurah modul 1 hari ini. Semalam pula sibuk untuk mengatur ketibaan adik-adik dari UiTM Segamat untuk menghadiri daurah hari ini. Alhamdulillah, walaupun perancangan bertukar-tukar sehingga berlakunya sedikit salah faham, tetapi semua itu adalah teguran dari Allah. Insyaallah, terima dengan hati terbuka. Pengisiannya? Banyaklah, tak fokus pada satu sahaja.


Aku angkut 4 orang adik usrah ke daurah hari ini. 2 orang adik, agak diam dan 2 orang lagi agak nakal. Sampaikan adik usrah sahabat aku bertanya, "betul ke 2 orang ni adik usrah akak? Tak macam akak pun?" Yosh! Ya, adik-adik usrah adalah cermin naqibahnya. Mereka masih mentah dan baru, maafkan segala silap dan salah mereka. Aku bukan seorang yang serius bersama mereka, hanya serius di dalam usrah sahaja, itupun bukan serius sampai tak boleh sedikitpun nak bergurau senda semasa usrah. Alahai, bosannya mereka jika hanya menatap buku sahaja.

Salah seorang dari mereka berkata, "I wanna say something, I actually disagree with all of you about the usrah." Ok. Adik ni speaking, sebab aku memang kenal dia sejak dekat UK lagi, dan dia juga speaking dirumah sometimes, so tak hairan kalau berborak dengan dia pun ada selingan English and sometimes aku guna I dan U saja dalam pergaulan. Aku admit, ada orang pelik. "I dengan U je akak bahasakan diri dengan adik usrah akak?" Hehe. Persoalan yang buat aku tersenyum. Biarlah dia selesa dengan kita.

Mengenai usrah, katanya pelik kenapa orang-orang disini merasakan seolah-olah tanpa usrah itu boleh membuatkan kita hanyut terus. Katanya lagi, bukan dia tidak suka berada dalam usrah, dia bersyukur dia telah dipilih untuk bersama-sama dalam usrah, tetapi dia cuma tidak dapat bayangkan bagaimana tak ada usrah boleh menyebabkan seseorang itu hilang imannya, jatuh imannya. Itu persoalan dia.

Masa tu, aku sendiri tak dapat nak jawab terus sebab aku tak suka berbincang dibelakang ketika penceramah sedang bercakap dihadapan. Tetapi, atas dasar ambil hati dia, aku dengar juga dan bagi pendapat based on pengalaman bagaimana keadaan aku ketika pernah kehilangan usrah untuk seketika. Benda ni aku akan bangkitkan masa usrah seterusnya bersama mereka minggu hadapan. Jawapannya, maybe I was new in this usrah, so I probably cannot imagine yet, and this is my first time attending daurah. Begitulah.


Jadi, mengapakah usrah begitu penting sebenarnya dalam jemaah? Tetapi, ada juga jemaah tidak suka dengan usrah. Jadi, apakah masalah-masalah yang mungkin timbul tanpa mementingkan usrah di dalam jemaah?

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;