Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts
0 Shreks

Rutin deposit

Kenapa saya malas nak deposit duit dekat maybank?

My number is 2664, now serving 2654. Nampak macam tak jauhkan? Tetapi in between tu dia ada banyak lagi nombor-nombor lain yang mana setiap nombor tu mempunyai tujuan yang berbeza.

Dan manusia punyalah ramai.
Dan saya tak ada kerusi nak duduk.
Jadi saya duduk di besi-besi divider bahagian ATM.
Tapi speaker tak sampai sini, tak dengar bila nombor dipanggil.



Sejam berlalu..

Orang kata Maybank ni kurang secure. Saya pun tak pasti, sebab cuma dengar kes-kes sahaja yang duit hilang dari akaun. Jadi, kalau boleh elakkan guna Maybank elakkanlah. CIMB pun ok ada online.

Ok. My number is up next. Next mean after few other numbers.
0 Shreks

I miss this

Saya sangat suka menulis. Dulu saya belajar, bila ide tengah menggila, memang sangat perlu untuk kita terjemahkan ide tu ke dalam penulisan. Di sebabkan saya sudah lama tak menulis, I found it's quite awkward to start writing back. Tapi saya cuba.

Business lately very the slow. So many happened recently. I tried to be as low as I can. Banyak konflik berlaku juga, in myself. Try not to blame others for the mistake I did. Well, just need to face it.

Jom kita pulihkan semangat yang telah hilang ni.

Politik.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penubuhan parti baru iaitu parti Amanah. Memang sangatlah laju perkembangan parti ini. Memang terbaik. Ramai juga yang kondem, for some reason. We cannot assume parti ni adalah terbaik, tetapi it is choices for the citizen.

Apa-apapun sangat penting untuk kita jaga akhlak dan kata-kata. Biarpun kita mungkin tidak setuju dengan penubuhan parti baru ni, tapi janganlah sampai kata-kata kita tak menunjukkan siapa diri kita selama ini. Biarlah elok bahasanya.

Saya tengok dalam FB saya sendiripun, some blaming and accusing Amanah, just don't know why they hating it so much. We grew up well, and our brain must work very well as well. Jadi, mengata dan menghina tidak akan merubah apa-apa, bahkan orang akan lebih tertanya-tanya sikap kita sebenar.

Semoga kita semua di beri petunjuk dan sama-sama mengembalikan Islam di dunia ini umumnya, dan Malaysia khususnya.
Noktah.

0 Shreks

Very The Tired

Just another day. Keluar rumah 11 pagi, sampai rumah 12.30 malam.

Hari ni ambil hantar kereta 2 biji. Lepastu nak kena baiki kereta Preve which is last sekali kena tahan dekat bengkel sebab harini pomen tak cukup. Serabutlah.

Tup tap, dah jam 5 petang sampai PUJ. Nak kena pula urus kereta accident dekat Shah Alam. Usrah adik2 nak start dah, mujur ada runner saya yang free. Minta tolong dia settlekan.

Sampai surau, adik2 dah start tadabbur. Saya tak Asar lagi, minta izin Asar dulu. Lepastu baru boleh start usrah. Fuh! Letih gila hari ini!

Lepas usrah join diorang dinner. Lepas dinner terus pecut ke pejabat untuk liqo' murobbi pula. Kepala saya makin berdenyut pasal tak sempat rehat. Hari ni hari ke tiga migrain tak ok lagi. Mata dah terkebil2 tahan sakit. Tapi alhamdulillah, I managed to do something today.

Sekarang ni saya dah tahap letih gila tapi nak cuba update something. You know what is mean of consistency? Hehe.

Ok. Esok will be another day to work for.

Good night!
0 Shreks

Masih Bersabar

Bismillah.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Biarpun begitu, tahap sabar orang juga ada hadnya. Hari ni saya betul-betul hilang sabar dengan seorang penjual yang tak ada sikap perihatin langsung! Sudahlah menyusahkan saya, lepastu tak pandai nak minta maaf? I don't mind if u made a mistake for the sake of profit or whatsoever you try to get from the sell, but at least do apologize for the misunderstood that YOU did! My brothers turned to a hulk towards me, that's why YOU should be blamed for the whole things. Saya akan bertambah hilang sabar bila semua orang salahkan saya walhal benda tu bukan salah sayapun. How should I control the mistake from others?


Kisahnya begini.

Minggu lepas saya booked kucing American Short Hair. Asalnya saya mahu ambilnya selepas raya, kemudian saya decide untuk ambil harini sebab adik-adik saya pulang dari sekolah hari ni. Jadi, saya minta tolong adik saya yang akan jemput adik-adik saya di sekolah untuk tolong ambilkan kucing tu di rumah penjual tu. Saya tanya penjual tu boleh ke? Dia kata boleh. Jawapan boleh telah membawa saya kepada fahaman bahawa dia bersetuju bahawa kucing tu akan diberikan pada saya hari Rabu minggu depan (berlaku minggu lepas) iaitu hari ni.

Harini saya mesej dia beritahu adik saya akan datang ambil kucing tu dan minta alamat rumah dia. Dia balas, beri alamat rumah dia. Dia tanya ambil pukul berapa dan saya tak jawab sebab saya tak tahu lagi pukul berapa. Jadi, saya reply pada dia pukul 12 lebih tengahari bahawa adik-adik saya akan datang lebih kurang jam 4 atau lebih, Dia tak balas dan saya assume tak ada apa-apa masalah sebab melalui mesej-mesej dia tak ada tanda-tanda dia tak pasti nak jual atau tidak. Saya lebih suka mesej daripada call sebab saya sukakan BUKTI sepanjang proses pembelian.

Saya betul-betul tak sabar nak jumpa dengan Kiki the cat that should be adopted by me. Hampa bila adik saya pulang tak bawa apa-apa dan marah saya, hello! Bengang sangat. Adik saya kata rumah dahlah jauh, nak pusing balik. Habis minyak je tapi kucing tak dapatpun.

Saya mesej pada penjual tu dengan baik walaupun hati saya sangat marah. Saya cuma katakan yang sekurang-kurangnya beritahu jika tak jadi nak jualpun. Terima kasih. Ringkas sangat. Dia balas panjang, katanya dia jual dekat orang yang offer harga lebih mahal. Lagipun tak ada deal antara kita. Saya memang ikut hati nak call je, kau ni tak ada manner ke? Melayu ke bukan ni? Kalau nak untungpun jangan sampai menyusahkan orang lain! Itu apa yang terlintas dalam kepala sayalah. Tapi, saya tak tahulah, mungkin bulan puasa ni saya mampu kawal diri saya kot. Alhamdulillah.

Saya cuma balas, agak sarkasis (ada ke perkataan ni?), saya harap duit awak dapat tu berkat sebab awak dah menganiaya saya pergi sana habiskan duit minyak. Terima kasih. Dan dia balas, saya dah call awak banyak kali dan beritahu ini Abu (bukan nama sebenar). Saya dah cek, masa adik saya beritahu tadi lagi saya dah cek. I got no missed call or massaged whatsoever from any person or caller. Dia siap suruh saya cek, masa tu nak je saya tunjuk dekat dia list missed call saya. Saya siap beritahu dia yang dia dah salah nombor mesej. Whateverlah! Last mesej saya dia tak balas, tak tahu sebab apa. Tapi saya memang bengang saya beritahu dia mind your business etiquette after this, jangan sebab nak untung your forgot to please your customer.


Saya ingatkan pada semua, nak berniaga atau berjual beli apa-apa sekalipun biarlah kita menjaga etika jual beli. Jangan sampai pelanggan atau penjual kita teraniaya kerana sikap kita. Jujur dan amanah dalam jual beli, itukan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ya, melanggar etika tiada tindakan undang-undang, tetapi ianya akan mengguris dan menyakitkan hati banyak pihak dan pastinya akan memberi kesan pada kita kelak sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam.
0 Shreks

Baju Raya

Bismillah.

It was raining and not really live actively in the house. Bangun, tidur, bangun, tidur. Tak bagus. Banyak SMS masuk hari ni and I cannot be bothered to reply it. I thought it was a dream. Sorry everyone!

Ramadhan macam dah nak habis. Sedihlah pula. Alangkah indahnya jika dapat merasa Ramadhan lebih lama lagi. Hehe. Tapi, nanti tak nampaklah keistimewaan Ramadhan lagikan? Biarlah semua orang berebut nak buat amal banyak-banyak bulan Ramadhan ni. Nak masuk syurga bukan senang, betul tak? Hanya mereka yang sanggup berkorban saja yang akan dipilih. Insyaallah.

Dulukan, masa kecil-kecil, kanak-kanak, comel-comel lagi, setiap kali raya mesti mak buat baju baru. Saya rasa, time tu jelah dapat merasa baju kurung baru. Kira dalam setahun tu, jarang dapat baju baru. Baju kurung cuma time raya, selain baju kurung adalah juga tak lebih dari 10. Sebab tu baju kurung saya tak banyak. Kalau saya nampak baju orang banyak, saya mesti teruja. Saya terfikir waktu bila diorang beli baju banyak-banyak? Saya assume semua orang sama macam saya, setahun sekali je dapat pakai baju kurung baru. Biasalah, kecil-kecil manalah nak tahu. Lagi-lagi tak ada kakak dekat rumah ni.

Bila dah besar sikit, saya bertambah pelik bila orang tanya baju raya berapa pasang? Setahu saya kita raya sehari je, hari yang ada solat aidilfitri tu. Hehe. Pendek cerita, baju raya saya sepasang je. Hehe. Mak memang bekalkan sepasang je untuk saya ya, harap maklum. Biasa hari-hari seterusnya pakai baju lama, yang masih elok-elok dan cantik. Sebab mak cakap, raya ni kena pakai baju yang cantik-cantik, bukan koyak-koyak atau dah pudar ke. So, selagi ada baju yang elok dan cantik untuk dipakai, pakailah. Hari first je pakai baju baru.

Yang kelakar, saya ingat 2-3 pasang baju dia pakai dalam sehari je. Solat aidilfitri sepasang, balik tukar sepasang, malam lagi sepasang. Cukuplah 3 pasang. Dululah saya ingat macamtu. Apalah. Rupanya raya kita sebulan ya? Kadang-kadang tu lebih dari sebulan pun ada juga ya? Boleh saja.

Sampai ke hari ni, mak saya masih jahitkan baju untuk saya. Baju kurung saya jarang beli dah siap. Biasanya beli kain je. Pastu simpan. Ni pun ada lagi 2 kain tak buat lagi baju. Mak saya tanya bila nak buat. Saya cakap, 2 raya lagi. Haha. Mak saya gelak. 2 tahun lagi dah fesyen lain. Haha. Saya raya tak pernah ada fesyen pun, so macam tak hairan sangat kot kalau old-fashion ke. Baju raya tahun ni, kain orang bagi. Hehe. Kale merah hitam. Oklah not bad. Buat baju kurung biasa. Ingat nak buat jubah, malaslah. Jubah saya jarang pakai, jadi eloklah buat baju kurung je.

Cakap pasal baju raya, baru-baru ni saya ada order tudung 2 helai. Merah dan tekois. Saya ingat merah-hitam yang saya suka tu, rupanya merun-merah dan saya tak berapa berkenan. Jadi, saya nak offer dekat sini. Ada sesiapa nak beli tudung akel 2 tones bidang 60? Saya letak gambar.


Gambar ni saya ambil daripada website yang saya beli tu disini. Kale merah gelap. Tahu tak akel ni tudung apa? Tudung yang lembut dan quite sensitive tapi sangat selesa dan best untuk dipakai. Boleh pakai mesin, tapi elak pakai berus atau gosok-gosok pakai tangan, sebab dia boleh mencarikkan tudung. As I said before, it just sensitive but nice to wear. Saya ada tudung akel, kakak ipar saya bagi.

So, kalau anda berminat nak beli tudung ni, bolehlah komen dekat sini. Letakkan email anda, dan saya akan email nombor akaun. Harga saya beli RM24 dan saya jual RM23. Postage RM7 macam biasa. Kalau ada kawan-kawan berminat, silalah inform.

Terima kasih.


2 Shreks

Car Rental Biz

Salam.

Sudah 3 bulan lebih sikit kami (aku dan Uda) menjalankan perniagaan kereta sewa di UiTM Segamat. Selama 3 bulan itu, seramai 3 orang pernah bekerja menguruskan proses penyewaan. Di awal perniagaan semuanya diuruskan sepenuhnya oleh aku. Naik semester, aku upah Dayah untuk tolong uruskan. Dayah tak sanggup teruskan sebab terlalu sibuk dengan kelab dan pelajaran. Jadi, dia resigned selepas 10 hari bekerja. Kemudian Zera mengambil alih. Alhamdulillah, Zera banyak sangat membantu. Hopefully dia boleh bertahan dengan kesibukan yang melanda. Setakat ini kami mempunyai 2 kereta yang sedang disewakan.

Dengar pasal berniaga sendiri, kita pasti fikirkan keuntungan yang berganda-ganda. Dalam kepala kita, duit masyuk. Lambang RM mengaburi mata. Serius, sangat seronok bila kita ada perniagaan sendiri. Walaupun sebagai permulaan, duit masuk memang tak banyak. Kita kena banyak bekorban sikit sebab kita kena utamakan bayaran duit kereta bulanan, bayaran modal balik, duit syarikat, terlebih dahulu sebelum kita boleh ambil bahagian kita. Tetapi lama-lama, hasilnya akan terlihat apabila kita sudah lalui hari-hari yang mencabar dalam menguruskan perniagaan ini.


Contohnya, minggu ni sahaja kami habis beratus-ratus untuk ganti tayar kereta yang rosak. Bukan 1, bukan 2 tetapi 3. Dan tayar ketiga adalah tayar yang baru saja di tukar sehari. Sedihlah disitu. Tayar baru kot. Tetapi, inilah namanya risiko. Jangan sangka barang baru tidak boleh rosak langsung. Jangan sangka barang baru, akan mengambil masa yang lama untuk rosak. Inilah risiko, dan kita kena sentiasa bersedia menghadapinya. Tak boleh nak enjoy lagi sebab duit syarikat semakin kempis biarpun bulan ni untung kasar melebihi RM3000 tetapi selepas ditolak duit kereta dan bayaran-bayaran maintenance, tinggal seribu lebih je.

Dalam masa yang sama aku banyak belajar pasal kereta walaupun aku tak menguruskan kereta ni sepenuhnya, tetapi dari jauh aku boleh belajar sikit-sikit. Kesian Zera dialah yang terpaksa uruskan dekat Segamat. Kami dekat sini hanya mampu tolong dari jauh je. Insyaallah, bayaran untuk dia berbaloi dengan kerja yang dia lakukan. Mak dan Uda pesan, jangan bagi sikit sangat pada dia sebab dia banyak tolong kita. Insyaallah, kita kena bagi sesuatu yang seimbang dengan kerjanya.


Kami sudah rasminya mempunyai syarikat service kereta sewa. Cuma sangat baru dan dalam proses mengembangkannya ke IPT-IPT lain. Insyaallah kami merancang untuk menambah sebuah lagi kereta dalam masa terdekat. Mungkin bukan bulan ni, tetapi bulan depan. Tengoklah siapa yang nak invest pula lepasni. Setakat ni 2 kereta di labur oleh mak dan abang long. Kami ada juga minta abah melabur sebuah kereta untuk kami, tetapi nampaknya kata-kata kami tidak merangsangkan beliau langsung. Huhu.

Ada sesiapa nak melabur kereta dengan kami? =)
0 Shreks

Tenang Hari

Salam.

Semalam sampai rumah jam 6 lebih petang. Mak terkejut. Sebab beritahu mak mungkin sampai dalam jam 8.30 malam sebab bertolak dari Segamat pukul 5.30 petang. Disebabkan tak sabar nak balik, semalam petang lepas paper E-Com, keluar awal. Habis sepatutnya 5.13 petang, tapi aku keluar 4.20 petang. Lebih kurang sejam awal. Immediately went home. Singgah parking NR kejap panaskan enjin viva hitam, park dekat tempat redup sikit, barulah gerak balik naik viva merah.

Rasa sangat-sangat tenang bila berada di rumah. Lepas final, lagilah terasa tenangnya. Mungkin sangat stress paper last sekali ada 2 dalam sehari. Memang sakit kepala. That was my first experienced having 2 killer papers at one day. Tak adalah killer sangat, but still core subjects dalam Marketing.

Cuti ni untuk seminggu ni je. Insyaallah, Selasa atau Rabu depan baru balik ke UiTM. Tengah fikir nak bawa barang apa. Sebabnya, semua barang dekat UiTM haritu aku dah angkut balik dengan viva. Penuh jugalah viva aku. Baik punya kemaspun masih banyak juga. Tak adalah packed sangat, masih boleh sumbat banyak barang lagi, but still nampak banyak. Hehe. So, untuk short course ni mungkin bawa barang tertentu je. Malas pula nak bawa macam-macam.. Periuk nasi macam nak bawa, tetapi tengah fikirkan lagi.

Rumah dah decide nak duduk rumah NR. Memang tak boleh nak imagine lagi dekat mana rumah tu, dan macamana. Tapi baguslah kalau duduk rumah NR tu, sebabnya aku boleh uruskan kereta sewa sendiri. Bukan tak nak hire orang, cuma kalau hire orang masalahnya duit kena bahagikan lagi banyaklah, makna income kita kurang. Bukan nak kedekut sangat ke apa, tetapi bila berniaga ni at first kita kena consider keperluan kita, maka kita sendirilah kena usaha kalau nak lebih.

Ada member kata nak invest, bagi kereta aku tolong uruskan. Tak tahulah jadi ke tak diorang ni. Aku tunggu je. Ada lagi junior beritahu, probably dia nak bagi kereta minta aku tolong uruskan. Boleh tak ada masalah. So, siapa lagi nak bagi kereta untuk suruh aku uruskan? Hehe.

Insyaallah, dalam masa terdekat ni kami akan daftar company, bawah nama Uda. Asalanya nak jadi sub-company je, tetapi abang Long taknak kot kitorang duduk bawah dia. So, buatlah yang baru. Kitorang tak daftar bawah partnership, sebab abang Long kata mahal kena bayar untuk sekretariat setahun. So, kitorang ambil jalan mudah tanpa risiko, daftar sebagai persendirian dulu. Nanti company dah besar dan maju sikit, barulah kitorang daftar Sdn Bhd. Insyaallah, moga dipermudahkan.

Ada siapa-siapa nak jadi agent kereta sewa dekat universiti masing-masing? Oh ya, kami banyak fokus pada universiti je dulu. Insyaallah buat masa sekarang UiTM Segamat, dan UTHM. Akan datang mungkin UMP dan Melaka. Kita tengok macamana.

Nak cari kerja untuk cuti 3 bulan akan datang. Macam susah je. Bukan nak cari kat sini, tapi nak cari dekat Segamat. Saja nak duduk sana, dapat tengok sekali adik-adik usrah.

Income untuk kereta sewa 2 bulan ni insyaallah akan dapat. Alhamdulillah, bolehlah cover untuk belanja intersesi nanti.

Oklah, dah lewat. Selamat tidur. Jangan lupa baca doa sebelum tidur, moga Allah pelihara iman kita sepanjang tidur kita dan malaikat tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kita. Amin. Insyaallah.
0 Shreks

BajuKU bajuMU

Salam.

Entri kali ini aku akan mulakan dengan satu ayat al-Quran yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu. (4 : 29)

Alhamdulillah, tadi baru selesai mengukur semula baju-baju Daily dan melabelkan setiap baju. Ada 12 helai semuanya. Kenapa ukur? Aku baru perasan tadi ada baju yang ditulis saiz XL tapi macam besar dari saiz biasa. Disebabkan aku takut saiznya berbeza-beza, maka aku ukur balik semua dengan terperinci.



Salah satu baju juga ada sikit problem. Ada kotor sikit, tapi aku tak pasti kotor tu sejak bila. Sayang betul. Tapi aku jual juga tanpa mengambil sedikitpun untung. Kalau ada yang nak beli, belilah. Kalau tak ada, tak apa. Mungkin aku sendiri yang akan beli sama ada aku sendiri yang pakai (sebab baju tu kawaii!), atau aku bagi dekat salah seorang adik usrah yang berbadan kecil, sebab saiz baju tu agak kecil.

Sejak pulang dari Mersing badan aku sakit-sakit, lenguh-lenguh, letih juga. Mata rasa macam tak larat nak buka, pedihpun ada. Mujur lagi semangat untuk ke usrah masih wujud, masih kekal dalam diri. Alhamdulillah, semuanya di atas kehendak Allah, dan Dia jugalah yang berkuasa memberi kekuatan ini.

Muhasabah di Mersing: Mersing hari itu, tidak sama dengan Mersing tahun lepas. Kali ini lebih kental, lebih zuhud, lebih mencabar, lebih banyak dugaan, lebih payah dari susah, dan sangat menguji tahap sabar. Walaupun aku bukan peserta, cukuplah ia juga mampu menguji kesabaran aku melayan hidup yang serba kekurangan disana. Subhanallah, subhanallah. Aku bersyukur dengan nikmat pengalaman yang tidak terhingga.

Esok malam ada usrah, tetapi masih belum menyediakan bahan untuk usrah. Lupa! Insyaallah, esok boleh di usahakan sebelum maghrib menjengah.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung. (5 : 35)

Alhamdulillah. Dan inilah wasilah yang aku pilih.
0 Shreks

My First Business

Salam semua.

Insyaallah aku akan start jual baju muslimah secara online. Untuk permulaan aku akan promosi disini terlebih dahulu.

Aku akan jual 2 jenama. Pertama jenama Daily dari Indonesia. Kedua jenama Wardah dari kami di UTHM dan belum pernah ada lagi dimana-mana kawasan selain Batu Pahat dan Segamat. 

Daily adalah buatan Indonesia. Baju-baju Daily yang ada pada aku adalah limited hanya 12 helai. Maka, siapa cepat dia dapat. Saiz yang ada pada aku pula sesuai untuk mereka yang berbadan agak besar di antara XL - XXXL (L tinggal satu je) maka rebutlah peluang ini. Jenama Daily agak mahal jika anda ingin beli sehelai secara online. Aku beli dengan orang pun dengan harga yang tinggi, jadi tak hairanlah kenapa harga dijual juga tinggi.

Harga yang ditawarkan adalah RM48 tidak termasuk kos penghantaran.

Wardah pula baju yang unik, design yang belum pernah dibuat orang. Stok jenama ni sangat banyak kecuali saiz S dan M memang kekurangan. Tetapi, baju ni bersaiz kecil, jadi jika anda biasa dengan berbaju longgar maka tak ada masalah dengan ukuran bajunya.

Harga yang ditawarkan adalah RM32 tidak termasuk kos penghantaran.

Selain daripada tu, aku ada juga jual Perfume Paradise ala-ala One Drop Perfume (sebut ni baru orang kenal kot). Tetapi, aku tak jual paket atau set. Aku jual satu-satu botol kecil yang bersaiz 3ml. Asalnya aku jual pada student, memang laku sebab student memang suka pakai botol kecil kecuali student yang suka barang berjenama lain ceritalah. Botol kecil tak pandang sangat kot.

Harga yang ditawarkan adalah RM8 termasuk kos penghantaran.

Insyaallah, aku akan cuba masukkan gambar-gambar dan maklumat barang-barang yang nak dijual secara terperinci dan secepat yang mungkin. 

[Khamis dan Jumaat macam sibuk sikit je, tapi tak apa. Cuba sedaya yang mungkin. Chaiyok Kay!]

Jika ada persoalan atau tak sabar nak tahu lebih lanjut bolehlah email kay2805[at]gmail[dot]com

Wassalam.
 
;