Showing posts with label Baju Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Baju Muslimah. Show all posts
0 Shreks

BajuKU bajuMU

Salam.

Entri kali ini aku akan mulakan dengan satu ayat al-Quran yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu. (4 : 29)

Alhamdulillah, tadi baru selesai mengukur semula baju-baju Daily dan melabelkan setiap baju. Ada 12 helai semuanya. Kenapa ukur? Aku baru perasan tadi ada baju yang ditulis saiz XL tapi macam besar dari saiz biasa. Disebabkan aku takut saiznya berbeza-beza, maka aku ukur balik semua dengan terperinci.



Salah satu baju juga ada sikit problem. Ada kotor sikit, tapi aku tak pasti kotor tu sejak bila. Sayang betul. Tapi aku jual juga tanpa mengambil sedikitpun untung. Kalau ada yang nak beli, belilah. Kalau tak ada, tak apa. Mungkin aku sendiri yang akan beli sama ada aku sendiri yang pakai (sebab baju tu kawaii!), atau aku bagi dekat salah seorang adik usrah yang berbadan kecil, sebab saiz baju tu agak kecil.

Sejak pulang dari Mersing badan aku sakit-sakit, lenguh-lenguh, letih juga. Mata rasa macam tak larat nak buka, pedihpun ada. Mujur lagi semangat untuk ke usrah masih wujud, masih kekal dalam diri. Alhamdulillah, semuanya di atas kehendak Allah, dan Dia jugalah yang berkuasa memberi kekuatan ini.

Muhasabah di Mersing: Mersing hari itu, tidak sama dengan Mersing tahun lepas. Kali ini lebih kental, lebih zuhud, lebih mencabar, lebih banyak dugaan, lebih payah dari susah, dan sangat menguji tahap sabar. Walaupun aku bukan peserta, cukuplah ia juga mampu menguji kesabaran aku melayan hidup yang serba kekurangan disana. Subhanallah, subhanallah. Aku bersyukur dengan nikmat pengalaman yang tidak terhingga.

Esok malam ada usrah, tetapi masih belum menyediakan bahan untuk usrah. Lupa! Insyaallah, esok boleh di usahakan sebelum maghrib menjengah.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung. (5 : 35)

Alhamdulillah. Dan inilah wasilah yang aku pilih.
0 Shreks

My First Business

Salam semua.

Insyaallah aku akan start jual baju muslimah secara online. Untuk permulaan aku akan promosi disini terlebih dahulu.

Aku akan jual 2 jenama. Pertama jenama Daily dari Indonesia. Kedua jenama Wardah dari kami di UTHM dan belum pernah ada lagi dimana-mana kawasan selain Batu Pahat dan Segamat. 

Daily adalah buatan Indonesia. Baju-baju Daily yang ada pada aku adalah limited hanya 12 helai. Maka, siapa cepat dia dapat. Saiz yang ada pada aku pula sesuai untuk mereka yang berbadan agak besar di antara XL - XXXL (L tinggal satu je) maka rebutlah peluang ini. Jenama Daily agak mahal jika anda ingin beli sehelai secara online. Aku beli dengan orang pun dengan harga yang tinggi, jadi tak hairanlah kenapa harga dijual juga tinggi.

Harga yang ditawarkan adalah RM48 tidak termasuk kos penghantaran.

Wardah pula baju yang unik, design yang belum pernah dibuat orang. Stok jenama ni sangat banyak kecuali saiz S dan M memang kekurangan. Tetapi, baju ni bersaiz kecil, jadi jika anda biasa dengan berbaju longgar maka tak ada masalah dengan ukuran bajunya.

Harga yang ditawarkan adalah RM32 tidak termasuk kos penghantaran.

Selain daripada tu, aku ada juga jual Perfume Paradise ala-ala One Drop Perfume (sebut ni baru orang kenal kot). Tetapi, aku tak jual paket atau set. Aku jual satu-satu botol kecil yang bersaiz 3ml. Asalnya aku jual pada student, memang laku sebab student memang suka pakai botol kecil kecuali student yang suka barang berjenama lain ceritalah. Botol kecil tak pandang sangat kot.

Harga yang ditawarkan adalah RM8 termasuk kos penghantaran.

Insyaallah, aku akan cuba masukkan gambar-gambar dan maklumat barang-barang yang nak dijual secara terperinci dan secepat yang mungkin. 

[Khamis dan Jumaat macam sibuk sikit je, tapi tak apa. Cuba sedaya yang mungkin. Chaiyok Kay!]

Jika ada persoalan atau tak sabar nak tahu lebih lanjut bolehlah email kay2805[at]gmail[dot]com

Wassalam.
 
;