Tak tahu apa nak expect.
Sabtu kedua terakhir sebagai anak kesayangan abah, and always be.
Dan, rasa semakin berdebar.
Saya pernah mengimpikan majlis yang ringkas, serba ringkas. Macam adik-beradik yang lain. Ya, kalau boleh taknak macam-macam. Kita raikan orang yang raikan hari bahagia kita.
Tapi, abah cakap adik-beradik lain semua lelaki. Memanglah ringkas. Hm...
Daripada majlis ringkas, jadi majlis yang saya jangkakan agak meriah nanti. Mungkin, saya seorang yang bakal rasa begitu. Sebabnya, 3 majlis sebelum ni meriah juga, tapi saya rasa tak adalah sepenat majlis kali ini.
Kalau dulu, mana ada pelamin. Kali ni pun tak ada, tapi abah cakap buatlah sesuatu untuk ambil gambar. Jadi, abah beli sofa bed, untuk 2 orang duduk. Berlatarkan langsir biru yang comel. Berhiaskan bunga kiri dan kanan. Berlapikkan karpet yang gebu. Done!
Kalau dulu, mana ada backdrop. Kali ni, backdrop pun dia nak buat. Masa Uda kahwin, ada backdrop, itu decision dia sendiri tanpa bincang abah. Kali ni, memang abah sendiri yang mahu. Siap request saiz. Asalnya kedai printing nak bagi free banner, lepastu abah suruh besarkan saiz. Sudah! Tak apalah, layankan saja. Backdrop done!
Kalau dulu, mana ada kiosk makanan. Kali ni dia boleh pula order laksa dan aiskrim. Nak tergelak! Tapi tak apalah, saya ok je. Kiosk done!
Kalau dulu, mana ada kambing-kambing ni. Tapi, sebab abang ngah kata nak buat aqiqah sekali, jadi sekalikan kambing dalam majlis sekali. Kambing bakar done!
Apa lagi ya?
Kalau dulu, goodies boleh siap dalam 1-2 minggu. Kali ni goodies buat 2-3 bulan awal kau! Memang special. Goodies kali ni memang buat sendiri. Penat wei, penat! Jari saya ni sampai sakit nak bengkokkan, sebab hari-hari cuci botol, mana tak cramp. Tinggal 8 hari lagi, tapi masih banyak lagi nak kena buat.
Kenapa tak buat simple je? Memang nak buat simple! Saya siap cadangkan dekat mak, goodies simple harga murah tak payah fikir banyak. Tapi last-last, dia buat goodies yang dia nak. Jadi, saya raikan apa yang mak mahu. Lagipun, saya anggap ni majlis mak abah juga, saya menumpang je. Huhu..
I will always love you both, mak dan abah. Minggu terakhir, sedih pula.
Doakan ya.