Dunia Baru, Hobi Baru

Pernah suatu masa, saya cakap dekat diri saya, maybe jodoh saya bukan di dunia. 

Kuatnya hati dengan suara ini sebab mak sendiri dah bagi green light, kalau tak kahwinpun tak apa, mak suka je kakak duduk dengan mak abah sampai bila-bila. 

Kadang-kadang saya duduk dalam bilik, termenung memikirkan nasib sendiri. Kadang-kadang sebak sampai berjurai air mata tak tahan menahan sebaknya. 

Pernah juga saya tertanya-tanya, adakah sebab rupa saya dipinggirkan? Atau adakah kerana saya punya kehidupan yang caca-merba diketepikan? Atau barangkali kerana sikap tak berapa nak cantik macam rupa itu menjadi asbabnya? Setiap hari saya bertanya pada diri saya, betapa saya ini lemah diuji begini.

Sebenarnya, saya takkan berfikir-fikir kalau tak ada yang bertanya-tanya. Tetapi, ayah mana yang tak risaukan kehidupan anak perempuannya? Selalu merisik-risik jejaka yang bakal menjadi menantu tunggal lelakinya. Selalunya jawapan saya, tak ada lagi. Saya tahu dia kecewa, tetapi nak buat macamana. Itulah kehidupan, inilah jalannya. 

Dan akhirnya saya mengambil keputusan meneroka dunia baru. Saya ingin lari dari sesak-sesak soalan yang membimbangkan jiwa dan raga saya. Harapan demi harapan dari insan tersayang akan masa depan yang tak kunjung cahayanya. Saya lari-lari anak sambil menikmati indahnya hidup tanpa gangguan.

Saya jumpa kehidupan yang bernama HUTAN. Disini saya bertemu dengan Tuhan, disini saya bertemu dengan kehidupan, disini saya bertemu dengan kawan, disini saya bertemu dengan diri saya.



Oktober 2016 bermulalah kehidupan baru saya bersama hobi baru. 

Selamat datang Kausar, selamat datang ke dunia HIKING.

0 Shreks:

 
;