11 Days 2go

Few weeks back then, until now, susah sangat nak tidur. Membayangkan betapa tak bersedianya saya untuk menghadapi hari ke 11 nanti. Oh, tiba-tiba rasa tak bersediakan? Sedangkan sebelum ni rasa macam sedihnya kenapa hari bahagia kita tak kunjung tiba lagi?

So, 11 hari lagi saya akan melalui fasa kehidupan yang baru. Dan saya sangat berdebar menantikan hari itu. Setahun yang lepas, pada tarikh hari yang sama, saya tak terfikir langsung fasa sekarang akan berakhir pada hari ke 11 selepas hari ini. Langsung, tak pernah terfikir dan terbayang dek akal. 

Hari-hari saya lalui dengan debaran dan berkira-kira apa lagi yang belum settle?

Bila nak kemas bilik yang bersepah ni?

Bila nak tukar langsir?

Bila nak siapkan goodies?

Bila nak tukar cadar katil? 

Bila nak cari barang hantaran yang belum settle lagi tu?

Bila nak pos kad jemputan yang belum di pos lagi tu? (LOL tinggal seminggu lebih je kot. Kausar hang ni suka buat lawaklah, melambatkan kerja!)

The list goes on, dan saya masih boleh melepak depan laptop ni dan menulis dalam blog membazirkan masa dan jiwa saya dekat sini. Haha!

Tak, mana ada bazir. Saya cuma sedang mencari ketenangan, keluar sekejap dari zon serabut kepala otak. Sebab kejap lagi nak keluar cari barang. Asalnya nak masuk bilik sebab nak buat list barang, last-last terjebak dekat sini pula. Ok, bagi saya masa sikit je lagi, saya akan berhenti.

Saya pernah tanya kawan saya, memang sebelum majlis kita akan rasa sedih sentiasa ke?

Kawan saya cakap, dulu aku setiap hari menangis macam orang hilang anak. Sebab aku sedih, sedih nak tinggalkan bapak aku, mak aku. 

*Sob* 

So, saya anggap ia fasa biasa, emosi yang muncul itu akibat dari otak kita yang sentiasa berjalan dan berfikir, apa akan jadi lepasni? How am I going to be treated by a new creature that I barely know.


Apa pula perasaan anda beberapa minggu atau hari sebelum majlis berlangsung?

Doakan semuanya baik-baik saja. 

0 Shreks:

 
;