4/2/16
Khamis malam lebih kurang jam 10 malam kami daki. Tidaklah pula saya sangka securam itu jalannya.
Pagi itu sebenarnya saya melalui saat-saat getir tak mampu menahan diri yang kesejukan. Menggigil tak sudah. Jadi sepanjang haritu saya decide untuk menebalkan diri saya dengan baju berlapis-lapis untuk keluarkan peluh dan bersungguh-sungguh doa moga diberikan semula kesihatan.
Tak sangka malamnya saya begitu gagah mendaki bukit cahaya (baca: jabal nur) itu. Di sebabkan saya ke sana berbekalkan 10 helai jubah, saya tak ada tshirt langsung. Saya mendaki dengan jubah dan seluar, dan baju panas kait saya. Last-last baju kait tu tersangkut di leher, jubah saya dah terikat ke pinggang, lengan dah naik ke atas tinggal handsock, kawan sebelah dah gelak. Mujurlah malam. Dalam grup kami, saya dan sorang kawan saja laju meluru ke atas.
Nasihat saya sekiranya anda ke jabal nur, pecahkan duit siap-siap, 1 riyal berkeping-keping. Sebab setiap point ada saja orang bagi semangat dekat kita, MALAYSIA BOLEH katanya. Haha. Nak tergelak, tapi saya kena gagah naik. Lebih kurang 40 minit sampai ke atas. Masa mendaki, terserempak dengan seorang pakcik. Saya rasa dia dari grup Andalusia, sebab diorang ramai. Kawan saya offer air dekat pakcik tu, sebab kesian. Pakcik tu memang nampak penat sangat-sangat. Pakcik menolak. Saya pula tak adalah offer apa-apa, saya cuma beritahu dia, seeloknya bernafas ikut hidung dan melepaskan guna mulut, supaya jantung kita berfungsi dengan baik. Pakcik ni macam perli saya, katanya bernafas macamanapun kalau nak mati, mati juga. Saya malas nak cakap dah dengan orang macamni, saya berlalu pergi. Tapi akhirnya kami bertemu juga di puncak, selepas kami meninggalkannya di belakang.
Perasaan sampai ke puncak sangat menakjubkan. Macamana hebatnya Siti Khadijah mendaki setiap hari ya? Kita ni dah ada tangga siap bagai, tapi dah mengeluh penat. Jujurnya saya rasa seronok sangat sepanjang mendaki, tak rasa penat sangat, sebab teruja nak sampai ke atas. Tapi ralat sedikit sebab saya pakai sandal. Seeloknya pakailah sport shoes, lagi seronok perasaan tu. Kononnya nak ikut sunnah, pakai selipar. Hahaha! Kan dah terkena. Saya tak tahulah orang yang daki tu sakit-sakit badan tak, sebab saya lepas turun je saya buat warming down, jadi sakit-sakit tu dah tak rasa.
Alhamdulillah, dapat masuk gua hira', dapat duduk di batu yang menjadi tempat duduk Rasulullah. Sempat merasa ketenangan beberapa minit berada di situ. Macamana ya Malaikat Jibril masuk dalam gua yang sempit itu? Gua tu memang sangat kecil dan comel, muatlah untuk sorang 2, 3 org dah crowded. Kuasa Allah, tak siapa tahu. Terima kasih pakcik Andalusia (baca: bukan yang tadi) yang membantu kami menyelitkan diri di tengah-tengah pakcik Turki yang berbadan besar-besar dan ramai itu untuk masuk ke dalam gua. Hihi.
Jangan risau, bukit ni tak tinggi pun. Para hikers, sila ambil pakej yang ada daki jabal nur ya. Sebab mostly pakej tak ada daki sekali, nak pergi sendiri pun boleh naik teksi, tak jauh sangat dari area Masjidil Haram. Bolehlah pakai santai-santai dan selesa. Bawak botol air jangan lupa, sampai atas memang haus gila. Sepanjang jalan tak perlu minum air lagi, nak elak perjalanan lambat, lagipun tak tinggi sangat.
Esoknya saya demam semula. Batuk makin teruk. Tapi dah doa, supaya boleh buat tawaf last, dan berjaya! Keluar dari kawasan kaabah je terus loya, tak boleh nak solat depan multazam. Hehe! Dan sepanjang petang dan malam saya terbaring di dalam bilik. Sabtu balik dan Ahad sampai. Alhamdulillah.
0 Shreks:
Post a Comment