Hai Malamku

Susah rupanya nak konsisten. Sangat susah. Malam ni saya rasa macam nak berpuisi.

Hai malam
Bacakan lubuk hati ini
Kuragu satu
Kerana yakin tiada
Kerana pasti tiada
Jadi ku biarkan
Ku lepaskan.

Hai malam
Nyanyikan rinduku
Ku cari-cari siapa
Tapi aku merindu
Berkali rindu berkata
Dalam jiwa
Itu rindu bersarang
Entah sampai bila.

Hai malam
Hari-hariku mencari si dia
Jauh di alam fantasi
Harapanku dia muncul
Putera yang dinanti
Teruslah bermimpi
Impikan dengan doa
Berharap, tuhan mendengar.

Hai malam
Saratnya sunyi bernoda
Siang malam senada
Pergilah sunyi
Pergilah sepi
Jangan di sapa aku
Sedang bahagia menyembunyi
Carilah aku.

Hai malam
Senyapmu menenangkan
Kala itu adanya
Ragu
Rindu
Harap
Sunyi
Bahagia masih menyembunyi
Harapanku siang mewajahkan
Cerita bahagia.

0 Shreks:

 
;