1 JUN 2013

Selepas sebulan.

Lama rupanya saya tak update blog. Mungkin kerana sinar belum muncul? Jadi, hati saya juga tidak ringan untuk berkongsi kisah.

18 hari yang lepas, saya selamat berkonvo di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah. Walaupun cita-cita untuk dapat 3 bintang tidak kesampaian, saya tetap bersyukur kerana 2 bintang berjaya juga di genggam. Nombor giliran yang ke-6 sudah cukup membanggakan. Cemburu melihat selendang merah jambu tersarung di bahu rakan-rakan berhampiran yang turut sama menerima ijazah.

4 hari yang lepas, dengan izin Allah saya masih lagi hidup di sini genap 26 tahun. Walaupun belum naik tangga seterusnya, saya harap mampu bersabar dan terus berdoa supaya mak dan abah tidak risaukan saya lagi. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang ingat hari lahir saya, terima kasih yang memberi ucapan sama ada di FB, twitter dan SMS. Walaupun tak ramai yang tahu dan ingat, saya cukup terharu bagi mereka yang masih ingat. Syukran.

Hari ni sudah bulan Jun. Tak lama lagi Syaaban akan tiba, kemudian Ramadhan. Mak dah bertanya bila pulang ke Johor sebelum Ramadhan? Saya tak pasti. Duit gaji belum dapat. Doakan saya terus tabah di sini. Hampir 3 bulan di sini tetapi kosong. Semoga Allah bantu dan terus memberi kekuatan pada diri. Insyaallah.

Wassalam.

2 Shreks:

mfrstudio said...

tahniah kausar dah konvo. semoga jadi insan hebat nanti!

walaupun komen ini setelah lebih 6 bulan peristiwa di atas.

Kay J said...

Encik MFR tiba2 muncul. Hehe. Dah berapa orang anak agaknya sekarangnya? Semoga komik2 Islam terus berkembang dakwahnya. =)

 
;