Y Sarawak?

Bismillah.

Ramai tanya saya, kenapa Sarawak?

Oktober 2012, ada pakcik beritahu ada kerja di Sarawak. Ada sorang pakcik nak cari orang semenanjung untuk kerja dengan dia, perempuan. Hati saya menolak untuk ke sana, sebab jauh dan susah nak balik rumah. Saya pula ada perancangan lain dengan adik saya di Pahang selepas saya tamat belajar. Ketika itu saya telah membuat keputusan tekad untuk tidak menerima tawaran tersebut. Masa berlalu, dan terus berlalu. Walaunpun satu tekad telah dibuat, hati saya masih ada sekelumit keinginan untuk ke Sarawak.

November 2012, saya dapat panggilan daripada Sarawak. Saya bertanya pendapat, saya bercerita, saya istikharah, saya siap bernazar. Nazar saya telah membawa saya ke Sarawak. Tetapi, itu hanya sebuah alasan kecil. Saya cuma mahu keluar dari situ, keluar dari kepahitan lama, saya ingin membina kepahitan baru di tempat yang baru. Ya, setiap hari berkumandang dalam kepala saya lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian Kaka dan Zizan. Tahukah anda apa maksudnya?

Akhirnya saya pergi benar-benar jauh dalam Malaysia. Carilah saya dalam rabitah kamu jika benar kamu merinduiku.

0 Shreks:

 
;