Its A While

Salam.

Dah nak masuk Disember tak lama saja lagi. Selepas sebulan, aku akan bertarung dengan buku dan peperiksaan akhir. Wow! Masa berlalu begitu cepat! Diploma student pula sudah memenuhi UiTM. Kampus yang sebelum ni lengang dan aman damai menjadi satu kawasan yang crowded, ramai orang dan serabut! Haha! Ok, kena admit we are sharing the same campus. Tiba-tiba rasa macam baru saja naik semester selepas cuti 4 bulan? Oh tiada lagi cuti yang lama selepas ini.

Agak stress beberapa hari dan minggu ini. Puncanya bukan satu atau dua, tapi berbondon-bondon. Eh?

Rumah sewa di Segamat sedang ada aktiviti tukang-menukang dan ianya sangat menyakitkan hati. Tidur pukul 5 - 6 pagi gerenti tak bolah nak cover balik esok paginya sebab pukul 8 pagi saja aktiviti menukang sudah mula berjalan dan ianya sangat mengerikan. Lainlah kalau jadi macam seorang roomate aku ni, tidur mati agaknya bom meletup sebelah telinga pun tak bangun. Jelespun ada tengok dia tidur nyenyak je walaupun rumah tu macam nak roboh bunyi orang bertukang.

Assignment makin banyak nak kena settlekan. Test pun dah nak start balik. Start Selasa, Jumaat, Isnin dan seterusnya tak ingat bila. Haha! Aku nak tengok result test, kalau ok maknanya aku boleh berlagak biasa-biasa je untuk test 2 akan datang. Kalau teruk, memang kena usaha lebih sikitlahkan. Setakat ni test MR dah dapat, oklah walaupun tak baca buku. Hahaha! Thank you kawan-kawan yang banyak membantu diri yang lemah dan bermaya lagi ni. Test lain tak tahu macamana, serius takut. Tapi nampak gaya test IM dan Channel memang takkan dapatlah. Haritu dia kata tak tanda lagi. Huhu. Nasiblah dapat lecturer yang sangat sempoi macamtu.

Bulan ni, bulan depan, aku akan jatuh miskin balik. Sebab dah stop buat kereta sewa, jadi income tak masuk. Aku ada terfikir nak buat business lain, nak cover balik duit belanja. Tapi tak pasti lagilah macamanakan. Aku ingat nak minta tolong adik-adik diploma, tapi tengoklah macamana. Kusut kalau fikir pasal duit. Duit abah dengan mak bagi tak pernah cukup. Nak minta lagi segan. Huhu. Dalam bank duit dah macam ada tanda merah kelip-kelip, macam amaran suruh top-up duit masuk lagi. Haha! Masak.

Ok. Am adjusting myself to face the fact that I am old enough to get married. Sigh. Haha! But then, its all up to HIM when would be the best time for me. Mana tahu, habis belajar je nanti terus ada orang merisik ke. Haha! (Bermimpi di siang hari tak salah). Tak tahulah sebab aku beritahu mak nak terus sambung Master. Dia suruh tunggu dulu, cuba kahwin dulu baru sambung. Boleh ke macamtu? Kalau dah tak ada orang takkanlah nak menunggu? Baiklah bertindak sesuatu yang bagi kebaikan untuk diri. Tak jauhpun mak, dalam Malaysia je walaupun mak suruh mintak Ausie. Kalau dapat scholar no hal, tapi macam malaslah nak minta-minta. Baik buat course di UiTM belajar dan kerja sekali. Dapat elaun.

Love is a part of our life, but how are you gonna appreciate the love its all depends on you. I love to love and I love to be loved because am a normal human being.

Minggu depan kenduri kahwin rumah member, tapi bukan dia yang kahwin, adik dia. Aku beritahu mak, kitorang pergi ramai-ramai dari Segamat. Rupanya mak borek, anak rintik. Dia pun cakap benda yang sama macam aku cakap dekat member tu. Haha! Mak kata kenduri kahwin adik diapun nak pergi ramai-ramai macamtu? Siapa yang kahwin sebenarnya? Haha! Ok, aku cuma gelak as that was my thought about it. Layankan saja. Oh ya, next week ada PC fair. Ini peluang baik. Alang-alang pergi BP kenduri member, baiklah singgah kejap pergi PC fair. Layan!

Oklah. Malam ni ingat nak buat assignment. So readers, I don't expect anyone to read but thanks anyway. Enjoy your weekend. Oh, tak lupa. Salam Maal Hijrah and Happy New Year!

0 Shreks:

 
;