Deeply


.. of my heart..

Jadi pelajar Marketing sangat seronok. Banyak sebab. Belajar sangat rilek. Baca gitu-gitu je, selebihnya goreng saja. Tetapi! Final kena study kaw-kaw. Rugi kalau tak study. Test lain cerita, main-mainpun masih boleh skor A. Final, memang tak dapatlahkan kalau nak main-main macamtu.

Oh, ini cara study aku. I like it. 

Tak bestnya, bila melibatkan persatuan. Hello? Aku ingatkan bila dah masuk Marketing aktviti persatuan sangat best. Maklumlah, cakap saja Marketing semua orang tahu berkaitan dengan apa. Kena banyak berinteraksi dengan orang luar, banyak gila-gila presentation, power communicaton skill (walaupun tak). So, komen aku selepas almost 2 semester di sini, NOTHING! Setakat nak canangkan Family Day semester lepas sebagai aktiviti gempak? Aku rasa agak gampang disitu. Dah lama kot Family Day tu. Akupun tak pergi sebab dapat tahu last minit. Setakat nak buat aktiviti untuk EXCO saja? Baiklah kau lantik semua orang jadi EXCO tanpa pilih kasih. Tak ada semangat persatuanlah kalau macamtu.

I was a bit disappointed dengan pengurusan dan aktiviti Marketers sendiri. Aktiviti tak seberapa, senyap sunyi. Awal-awal semester je gahnya lain macam, tapi satupun tak jalan apa cerita? Sepatutnya diorang kena fikir, kita sikit. Buatlah satu aktiviti taaruf yang gempak masa awal-awal semester, dimana kita boleh saling kenal-mengenal dalam tempoh 2-3 haripun boleh sesama semua part. Bila dah kenal, barulah best nak buat perlantikan baru. That time am able to vote anyone from different part sebab kita dah ada sesi taaruf untuk persatuan.

AGM haritu, hambar. New presiden pun tak ada. Tak pernah dibuat orang dicalonkan EXCO yang tak hadir. Baiklah kau calonkan siap-siap tanpa perlu kumpulkan dekat AGM tu. Betul tak? So politics.

Paling bengang, part kami tak boleh jadi presiden. OMG? Who do you think you are? Cewah, tiba-tiba nak nyanyi lagu Jar of Heart ya. Tak apalah, next time kau cakap je AGM untuk part 3 ke bawah untuk pencalonan EXCO baru, tak payahlah susah-susah aku datang AGM tu. Menyusahkan sebenarnya, datang-datang macam orang bodoh, you know like your attendance does not gonna affect the function anyway. Great! Tahniahlah for the best treat ever had.


Sebenarnya, tak payahpun buat macamtu. You should give a chance to senior. Habistu batch kitorang yang baru masuk sem lepasni memang takkan ada peluanglah pegang jawatan? Agak BS disitu. Semoga Tuhan merahmati hidup kamu-kamu yang terlibat kerana kami sangat sakit hati dengan kamu-kamu dan telah mengutuk kamu dengan kerasnnya. Dan kami juga telah boikot semua aktiviti kamu kerana kami memang sakit hati dengan apa yang telah kamu buat. Semoga aktiviti kamu juga mendapat keberkatan Tuhan kamu, saya, kami dan mereka. Jika hati saya baik, mungkin saya akan melibatkan diri dengan aktiviti kamu. Tetapi jika hati saya masih marah dan menyampah, maafkan saya kerana saya hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan (wah, ayat artis ni).

Tiba-tiba nak makan Big Apple.

0 Shreks:

 
;