Sabar Ya Sony

Salam semua.

Sebenarnya, sangat-sangat teruja nak masuk Kontest Istimewa ar-rifke : Kahwin oh!! Kahwin | Jom Sertai untuk Hadiah LUMAYAN! sebab hadiahnya sangat-sangat-sangat lumayan. Aku rasa daripada hari Isnin haritu masih memikir-mikirkan nak masuk ke tidak. Sebab contest aku masuk, banyak kali masuk final tapi selalu saja kalah. Sebab aku tak rajin comment dekat blog orang. Jadi, aku rasa malas nak join dah. Padahal ada saja ide nak buat. Tak apalah. Ada lagi 3 hari untuk teruskan berfikir sama ada mahu join atau tidak.


Rasa macam esok dah Ramadhankan? Tak sabar rasanya. Tak sabar nak berusaha beramal. Alhamdulillah, sekarang ni tengah cuba mujahadah dengan amalan sendiri. Walaupun macam berat-berat je, tetapi insyaallah cuba dan cuba.

Sony aku dah macam nyawa-nyawa ikan je aku tengok. Bulan November ni genaplah umur dia 5 tahun bersama-sama dengan aku. Pahit getir suka duka bersama. Seronok! Mungkin sekarang orang dah tak pandang Sony aku. Maklumlah, sekarang dah banyak telefon canggih. Blackberry (BB), iPhone, android, xperia dan lain-lain. Telefon aku ni cikai-cikai saja.

Sekarang ni aku pening-pening lalat nak beli apa untuk gantikan Sony aku. Dulu, aku sangat-sangat setia pada jenama SE sebab aku rasa design SE sangat best dan menarik mata aku. Tetapi, SE ni mahal mula-mula, tapi cepat turun harganya. Abang aku, adik aku, kakak ipar aku, bahkan adik aku yang sekolah menengah ni pun pakai Samsung sekarang ni. Jadi, telinga aku ni asyik dengar lidah-lidah mereka mencadangkan Samsung sajalah. Adalah orang cadangkan pakailah BB, dah ada business sendiri bolehlah online 24 hours.


Beginilah. Kalau business aku gempak macam MyDin ke, Tesco ke, Petronas ke, aku bolehlah terima lagi nak pakai BB. Kalau setakat business aku yang gaji sebulan tak sampai RM1000 tu mimpi apalah pula nak pakai BB. Bukannya aku ni 24/7 berkomunikasi dengan pelanggan melalui emel, aku guna telefon je. Tak payah emel-emel. Alahai.

Aku fikir sekarang ni aku belajar lagi, jadi kenalah buat cara seorang pelajar. Tak payah nak berlagak sangat pakai telefon mahal-mahal. Betul, serius aku tak berminat sangat pakai telefon canggih-canggih masa belajar ni. Tak best. Pakai duit mak abah? Lagilah tak best, apa barang? Sony aku tu pun beli pakai duit sendiri. Ada 2 benda saja barang mahal yang aku beli pakai duit abah dan mak. Bukan laptop ok. Dua-dua laptop aku pakai duit sendiri. Cermin mata dengan Hard disk, beratus-ratus. Tak adalah sampai beribu-ribukan. Barang-barang lain, setiap barang aku memang limitkan. Tak boleh lebih dari RM50. Biasanya paling mahal RM30 sajalah.

Oh ya, lupa. Yuran belajar pakai duit abah. Hehehe!

Baiklah. Samsung Galaxy terbaru sangat best, slim and vivid. Tapi sangat mahal. Tak mampu rasanya. Haha! Abang long suruh pakai Galaxy Mini. Mak pun sama. Aduhai. Mahalnya. Macam bukan priority untuk dibelanjakan. Ada niat beli Samsung murah macam Uda, RM199 saja. Atau macam abang long RM399 saja. Dua-dua boleh pakai 2 simcard. Tapi kenapa diorang suruh aku pakai lagi mahal dari diorang? Geram betul. Saja nak suruh aku keluarkan duit banyak-banyak. Fikir dan fikir.


Public phone sajalah.

Sayang gila dengan Sony. Lepasni tak dapat dah beli telefon dari UK. Sony aku beli dengan harga British Pound 120 = RM840++ (tak masuk postage sebab beli online) ketika itu. Balik Malaysia, Sony belum keluar lagi. Bila dah keluar, harganya mencecah RM1800. Masa tu rasa bersyukur sangat beli dekat sana. I got the original from UK.

Lepasni, kena biasakan diri pakai barangan dari Malaysia. Oh lupa nak beritahu, kalau anda ingat the features of the mobile sama over the world you are totally wrong. Aku dah compare antara Sony aku dengan kawan aku, memang lain sangat-sangat. Mine was smooth and lighter than hers.

Sepatutnya nyawa Sony mampu bertahan sampai aku mula bekerja, tapi nampak gayanya aku tidak berjaya menjaganya dengan baik lantaran dirinya semakin hari semakin parah. Hehe! Insyaallah, selagi Sony boleh bertahan, aku cuba teruskan. Sekarang ni ada perkara lain yang perlu diutamakan. Dakwah kita, belajar kita, hidup kita. Semuanya perlukan wang, jadi bersabarlah Kausar.


Wallahualam.

4 Shreks:

Maryam said...

sekarang ni ada juga yang balik pada fon yang ada basic function i.e untuk call dan sms semata-mata.

tahun lepas, akak ada beli fon samsung yg harganya less than RM100 (88 je). lepas tu nampak ramai yg pakai yg tu je. baru ni tolong orang beli kat shah alam, sama jenis harganya cuma 75. di kelantan ni khabarnya lagi murah... =)

Ramadhan Mubarak!

Kay J said...

akak, adik kita pun guna yang bawah RM100. tp tak ada dual simcard kan? sbb kita cari yang ada dual simcard.

Aisyah said...
This comment has been removed by the author.
Aisyah said...

yey jd shreks. hehe KK n blog baru kt.. ;)

Ramadhan Mubarak!

p/s - sorry wrong account. account lama manyak virus :(

 
;