Sumpah Gunung Ledang

Salam again my dear diary.

Wah busy sangat manusia bernama Kausar ini. Alkisahnya, di Sagil tempoh hari kami mengalami pengalaman yang sangat dahsyat. Kalau aku tak bawa kereta, gerenti kejadian ni takkan berlaku. Tetapi, bukankah Allah menetapkan sesuatu bersebab?

Memang niat nak jimatkan minyak, tak payahlah susah-susah bawa kereta ke Sagil. Jadi, planning naik van makcik je, share duit tambang. Tiba-tiba, kawan aku bernama Aisha mengalami satu masalah besar, abang dia masuk hospital, hospital Segamat je. Pagi-pagi tu, takkanlah nak biar dia naik bas yang tak tahu menahu ke mana bas tu akan pergi, sebab dia tak tahu naik bas di Segamat ni. Selepas berbincang, kami bersetuju untuk hantar Aisha ke hospital dan siapa-siapa yang naik van, pergilah dulu. Memang takkan sempat nak kejar, hospital tu kalau depan rumah je tak ada masalah, boleh je nak rempit sekejap. Tapi masalahnya bukan depan rumah, berbuah-buah rumah dan pelbagai bangunan, taman-taman, kedai-kedai dan pelbagai kilang dan ladang kena tempuh barulah jumpa hospital.

Dah settle bahagian Aisha, kami pun bergerak ke Sagil dengan penuh confident dan rasa tidak sabar-sabar nak merasa air terjun gunung ledang itu. Sampai-sampai, nak ke mana ni? Lepas tanya group yang dah sampai, dengan yakin dan warasnya mengatakan bahawa mereka sudah berada di puncak! Paling atas. Aku dengan penuh semangat yang berkobar pun mengejar puncak paling atas, maklumlah tempat paling best disitu. Sikit demi sikit kami melangkah untuk sampai ke puncak. Hehe. Lagi beberapa langkah je lagi nak sampai ke puncak, si Solar tiba-tiba nak pitam. Muka dia pucat gila-gila. Aku dengan Minah bukan main cuak. Kami bertiga je ada dekat atas. Naiklah 4 orang jejaka yang tak dikenali sampai selepas kami, tanpa buat apa-apa diorang sekadar memberi pertolongan melalui pandangan kasihan yang melampau.

Ok. Lama juga dia nak pulih. Muncul pasukan penyelamat Allah hantar, mereka itulah fire safety team. Hehe. Diorang datang untuk berendam, bukan tolong kitorang. Tetapi, mereka tidak akan berada disitu tanpa izin Allah, betul tak? Lepas Solar lega, kamipun turun. Sebab apa? Sebab group satu lagi tu sebenarnya tak sampaipun puncak. Tengah-tengah je. Hampeh sungguh. Layan sudah.

Dah jumpa, kami makan, dan terjunlah apa lagi.

Balik tu, kami balik dulu. Sebab fikir nak buat assignment, banyak lagi tak settle. Ok? Alkisahnya, dalam perjalanan pulang tu, adalah bunyi something yang mengejutkan, tetapi buat tak tahu je sebab concentrate bawa kereta. Orang lain semua fikir positif, jadi akupun positif jugalah. Hahaha. Lawak. Kereta yang potong semua suruh berhenti. Masa tu terfikir, aku nak berhenti mana dekat selekoh ni. Gila. Mujur, sampai juga pekan Jementah. Fikir punya fikir. Rupanya..


Hehe. Kami bertiga memulakan operasi menukar tayar pancit kepada tayar spare, sambil-sambil meminta bantuan abah yang berada di Batu Pahat.


Tayar spare, dimana kamu?! Jerit makcik Kausar yang lemah lembut pagi periang. Sambil calling sambil cari tayar spare. Hehe. Expertlah kononnya, walhal nak buka skru tayar spare tu pun terlupa dekat mana. Hehe. Mujurlah ada heroin Minah si celoteh terhebat dalam kelas kami. Jangan main-main, kecil-kecil cili padi. 


Makcik Solar kata, tak apalah kak, biar saya saja yang buat. Baik! Saya menurut arahan saja. Hehe. Kadang-kadang kita kena menunjukkan skill terhebat kita walaupun kita tak pandai bawa kereta, biar orang ingat kita ni hebat lagi bergaya bab-bab kereta walhal hakikatnya pegang stereng pun takut. 


Beginilah kesudahannya kami di Jalan Intan pekan Jementah. Tak ada seorangpun jejak malaya lalu layang tepi kami sudi untuk belokkan kereta atau motor bertanya keadaan kami disini. Memang tak gentle langsung! Kami dengan bengangnya cuba bersabar dengan sikap lelaki-lelaki yang kurang nak lelaki sangatlah. Wahai manusia bernama lelaki, tak kesian langsung ke pada kami? Walaupun kami tidak secantik bidadari dunia yang lebih hodoh dari bidadari syurga, tetapi kami juga perempuan yang punya perasaan. 

Akhirnya datang seorang hero..IN..


Beliau datang melalui panggilan kecemasan berbayar dari telefon bimbit Minah. Kak Wani datang membantu. Sebenarnya dia bawa tayar spare tu pergi kedai basikal untuk isi angin, sebab tayar spare tu pun kempis semacam je. Untuk meyakinkan perjalanan kami dari Jalan Intan sehingga terserempak dengan kedai tayar berhampiran. Dah isipun, tapi macam tak banyak perubahan. Walaubagaimanapun, kredit untuk usaha kak Wani dan Minah yang bersusah payah tolong isikan angin, appreciate gila. Agak gilalah dengan keadaan aku dan Solar macam orang apa je duduk dekat tangga orang tengok tapi tak reti-reti nak berhenti. Hampeh orang Jementah!

Akhirnya, vroom! Kami pecutlah. Zohor tak lagi. Asar semakin hampir. Tengok kiri kanan, mana surau atau masjid ni? Tak nampakpun walaupun papan tanda bukan main besar di tepi jalan.

Singgah Shell, isi angin tayar spare. Barulah naik sikit kereta tu. Akupun bawalah 25km/j untuk mengelakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku! Bohong! Takkanlah slow sangat nak bawa 25km/j memanglah nak kena marah dengan kereta belakang. Tapi, tak cecah 60km/j pun. Tugas aku drive je, tugas orang lain tengok kiri kanan cari kedai tayar atau masjid. Nak solat!

Last-last jumpa kedai tayar dulu. Cek tayar yang pancit, tukar-tukar, settle. Kesimpulannya, sentiasa merancang perjalanan anda. Pastikan kenderaan yang dinaiki selamat walaupun perjalanan ke destinasi hanya mengambil masa 30 minit.

Kami pulang dengan selamat alhamdulillah. Walaupun kami keluar dari gunung ledang lebih awal dari makcik-makcik yang naik van, tetapi kepulangan kami sampai di UiTM jaraknya hanyalah beberapa minit dengan mereka. Dan mereka bertolak dari Sagil jam 4 petang dan kami pukul 2.15 tengahari! (aku lupa sebenarnya, yang pasti tengahari kena ada) Oh. Jauh perjalanan luas pemandangan.


Hanya orang yang muka tak berapa nak malu seperti kami je sanggup berhenti tepi jalan dan ambil gambar bersama dengan sign board yang bolehlah dijadikan kenangan. Sesiapa yang tak masuk dalam pun, boleh je ambil gambar board ni, berlakonlah macam korang pernah pergi. Siapa tahu? Alah, sign board tepi jalan besar je kot.

Amacam? Best tak dapat belajar tukar tayar sendiri? Of course! Experienced is the best teacher ever!

PM & QMT next!

2 Shreks:

aNdi.Hanin::حنين said...

hoho. apela anak dara tonggeng2 tepi jalan, rupenye tukar tayar XD

slamat berQMT :D

Unknown said...

Assalamualaikum tuan tanah, saya Shuhaib nak minta izin ambil gambar dari blog sis. Boleh sis?

 
;