Saya Pelajar

Salam.

Alhamdulillah. Jumaat haritu terlepas satu beban, PM berjaya di jawab dengan selamat tanpa keyakinan yang jitu sebab tak berapa nak baca. Bukan taknak baca, teringin sangat nak baca, cuma tak tahu kenpa lately malam-malam macam susah sangat nak stay up. Niat nak stay up mesti terbantut bila mengantuk yang amat sampai tak boleh nak kawal. Jadi, malas nak paksa diri.

Hari ni pula sudah lepas QMT. 2 hari kami study dengan penuh bergaya. Hehe. Jumaat haritu, aku ke rumah member, balik dah nak Maghrib. Tak agak betul. Niat nak balik before Maghrib, terlanjur pula. Huhu. Tengah-tengah drive tu tiba-tiba azan. Tu je nak cerita. Second day, kami sambung study. 2.30 petang keluar bilik, angkat jemuran. 2.35 gerak ke kereta. 2.40 barulah hidupkan dan panaskan enjin kereta. 2.45 barulah boleh menggerakkan kereta. Cepat tak? Hehe. 3 petang sampai rumah Solar. Pastu cari kertas graf. 3 lebih baru sampai rumah member, study sama-sama. Masatu semua orang dah sampai (4 orang) dan kami berdua datang paling lambat. Oklah tu, semalam budak 2 orang lagi satu tu datang lambat.

Bestlah bila study ramai-ramai. Sebab, banyak tip-tip berguna boleh belajar dari 6 kepala atau otak. Hehe. Alhamdulillah. Rasa QMT tadi macam sangat best sebab tak berapa nak susahlah. Kalau soalan final macamtu memang puas hatilah.

Bila terpaksa ulang-alik dari kampus ke tempat nak belajar atau buat assignment, memang menangislah. Sebab menggunakan tenaga untuk bawa kereta (sangat penat tiap-tiap hari nak bawa kereta 15-20 minit ke bandar Segamat), duit minyak pergi dan balik lagi kena tanggung, masa yang terbuang dalam kereta 15-20 minit pergi, 15-20 minit lagi untuk balik. Terkejar-kejar kena balik before jam 11 malam. Letihlah. Tetapi, pergi kelas advantage for me sebab dekat dan tak payah bawa kereta. Oklah, aku bukannya merungut sangatpun, cuma that's the thing that I need to consider very much. =)  Cuma sometimes, you don't want to think that much, just go for it since it involve with your studies.

Sama juga dengan kerja dakwah kita. You should not think too much on how much you spend, when is the right time to be with, it is worth or not, and so on. Bila kita boleh fikir 'malas nak fikir banyak, study tu penting' kenapa kita tak boleh fikir 'malas nak fikir banyak, kerja dakwah ni penting.' Ramai sangat aku tengok  bermasalah (termasuklah aku) dari segi memilih keutamaan, even daie pun ramai bermasalah macam ni. Sedihlah bila seorang daie cannot see the real point of being a daie. Daie is not a title, it is a job, a responsibility, amanah that Allah gives to you. Kalau kita bekerja di luar, kita dapat duit. Tetapi bila kita bekerja sebagai daie, kita yang bagi duit, dan Allah akan bagi macam-macam which only those who use their brain will agree with it.

Aku tak cakap aku ni sempurna, sudah menunaikan tanggungjawab sebagai daie sepenuhnya, which is not. Akupun manusia, pelajar, seorang anak, seorang hamba Allah, dan akupun dijadikan punya perasaan, aku hanya ada 24 jam, aku belajar juga ada 8 subjek 1 semester, aku ada test, assignment, presentation, aku tak ada duit PTPTN or MARA or JPA or any other scholarship or loan, akupun makan pagi, tengahari, petang, malam, akupun ada kawan-kawan classmate, ada group assignment, akupun ada masalah duit kadang-kadang, masalah assignment, masalah group, masalah perasaan, masalah masa, masalah test/kuiz dan macam-macam lagi. Aku lalui apa yang semua student lalui, aku telah lalui dan sedang lalui. Kalau aku masih memberi alasan, maka apa bezanya aku dan orang diluar sana? Jadi, apa motif Allah memilih aku atau kamu dijalan ini. Mereka diluar sana pun sama macam aku, ada 1001 macam masalah dan halangan dalam kehidupan, tetapi kenapa Allah memilih kita dan bukan mereka? Use your brain with Quran and Sunnah.

Hehe. Siapa kata aku tidak diuji? Siapa kata aku tak pernah ada masalah? Siapa kata aku punya kerja dakwah berjalan dengan berjayanya?

Insyaallah, semua tu aku belum pernah rasa dan aku cuba untuk rasa. Tetapi kena yakin bahawa jalan dakwah tidak pernah mudah, tidak ada carpet merah, cuma ada mehnah berduri. Kita kena yakin bahawa jalan ini sangat jauh, tetapi tetap bergaya dengan cabaran-cabaran yang bakal menanti. Kenapa nak lari? Kenapa nak beralasan? One day, when we died, there won't be a way to give an excuse.

Presentation & submit assignment PM tomorrow, presentation Bel Tuesday, test ARAB Wednesday, test PD on Friday. (Saya masih ada masa untuk kamu walaupun minggu lepas dan minggu ni saya sangat sibuk).

=)

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;