Pilihan Terbaik

Salam.

Cakap pasal pilihan, ianya sesuatu yang sukar - mungkin.


Sejak kecil, aku jarang membuat pilihan. Jarang tu, dalam ketegori 1 dalam seribu kali? Aku tidak ada pilihan. Mak tak bagi pakai seluar, aku pakai kain. Mak suruh pakai tudung, aku pakai tanpa membantah. Mak suruh sekolah sini, aku ikut je. Mak suruh pakai baju itu, ikut je tak banyak songeh. Mak suruh belajar, aku belajar walaupun aku akan tidur juga nanti. Mak garang, jadi kenalah ikut. Comelkan? Itu kisah 20 tahun yang lepas.

Sekarang sudah tidak comel.

Bila sudah menginjak remaja, pun masih menunggu keputusan dari mak dan abah dalam sesetengah hal. Kelakarkan? Tetapi, tidak semuanya. Ada sesetengah benda kita nak buat keputusan sendiri. Sebab kita tahu, mak dan abah takkan benarkan. Contohnya, pergi trip campur lelaki dan perempuan. Oh, mak dan abah memang berkeras tidak bagi. Aku buat keputusan BOLEH pergi. Hehe! Tapi at the end, aku akur untuk tidak pergi. Biasalah, itu zaman-zaman culture shock selepas bertembung dengan zon BEBAS.

Pergi sekolah perempuan pun, atas keputusan abah. Aku akur.


Sambung belajar dalam bidang perniagaan pun, pilihan mak dan abah. Aku terima je tanpa banyak persoal. Bagi aku, mungkin mereka tahu apa yang terbaik untuk aku. Haha! Sebenarnya masa tu aku pun buntu, which one is better? Mak kata begini, aku pun jawab bolehlah.

Bila duduk di UiTM, sepatutnya pilihan boleh dibuat dengan mudah antara baik dan kurang baik. Jelas dan nyata, kita akan tinggalkan yang tidak baik untuk sesuatu yang baik. Tetapi, persekitaran yang banyak membantu kita untuk membuat pilihan. Kita tidak lagi membuat keputusan atas kehendak kita, tetapi di atas kehendak orang lain.


Sama juga dengan kaum perempuan hari ini. Kebanyakannya pakai cantik berhias, bukanlah atas kehendak kita, tetapi kita terlalu mengikut peredaran masa dan zaman. Kita rasa terikat, padahal kita mampu untuk memberi keputusan sendiri, hak kita untuk menentukan jalan hidup kita. Tetapi kita takut, takut untuk menghadapi kenyataan bahawa, umat Islam hari ini sudah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar.

Kadang-kadang aku sendiri gagal. Gagal untuk membuat keputusan yang terbaik. Gagal untuk mempertahankan yang hak dari yang batil. Gagal dari bermacam aspek dalam kehidupan. Dan bermacam gagal lagi yang tidak tersenarai. Orang nampak sempurna, cantik dan indah, tetapi bagi aku terlalu banyak pemilihan yang salah telah dibuat. Bila diingat-ingatkan balik, tak layak rasanya menghidu bau syurga apatah lagi menjejakkan kaki ke syurga. Yang aku harap hari ini, Allah redha - tak dapat syurga pun tak apa.




Dalam kehidupan kita ni, bukan macam jalan raya yang mendatar, tapi macam jalan raya yang berbengkang-bengkok, berbukit-bukit, berbonggol-bonggol. Itulah jalan kehidupan kita. Kita perlahankan kenderaan bila jumpa bonggol. Kita perlahankan kenderaan melalui selekoh. Kita tekan minyak banyak-banyak untuk naik bukit. Kita jaga break masa turun bukit. Betapa berhati-hatinya kita. Itulah kehidupan kita. Kita perlu siap siagakan diri kita dengan pelbagai ilmu, supaya kita boleh lalui hidup ini dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu tu.

Hari ini, aku jarang perlu memilih antara yang baik dan yang kurang baik. Tetapi, Allah memberi pilihan antara yang baik dan yang terbaik. Subhanallah. Kedua-duanya baik, cuma tidak tahu yang manakah pilihan terbaik? Maka, sekali lagi aku tidak membuat keputusan untuk memilih, bukan atas dasar aku tidak tahu memilih, tetapi semuanya atas dasar keperluan jemaah. Dimana aku diperlukan, disitu aku berikan tenaga. InsyaAllah, itulah yang terbaik. Itulah yang Allah aturkan. Itu jugalah yang Allah rancangkan. Aku redha.

Banyak lagi pilihan yang perlu dibuat =)



Adakah aku sedang diuji? Aku tidak tahu. Kalaulah perkara kecil dan kerdil ini dianggap ujian besar, aduhai.. layakkah aku digelar daie? Ampuniku Allah. Peganglah hati ini Allah. Biarlah aku sunyi tanpa teman bicara, daripada berkata yang sia-sia dan merosakkan hati, bahkan menghakiskan iman. Allah, Kau makbulkanlah.

0 Shreks:

 
;