Hanya Sementara

 Terima kasih.

Seronok dapat luangkan sedikit masa dengan sahabat-sahabat yang bakal meninggalkan aku tak lama lagi. Maklumlah, cuti semester. Jaga diri, iman dan peribadi sahabat-sahabat.

Tetapi, tidak semua orang gembira dengan cara kita meraikannya. Bukan selalupun. Selama ni selalu berseorangan. Nak keluarpun tak ada kawan-kawan. Maklumlah, semua duduk jauh-jauh (jauh ke?). Lepasni, berseorangan semula lepas semua orang balik ke halaman rumah masing-masing. Tak apalah, itukan sunnatullah dalam menuntut ilmu.

Kadang-kadang nak juga merasa bahagianya bila ukhuwah sebenar dapat disemai. Sentiasa bersama walau dalam suka dan duka. Seronokkan? Tetapi, tak semua orang dapat rasa semua tu. Kenapa? Atas alasan-alasan tertentu. Apa yang penting, kita dah buat sehabis baik bukan hanya untuk bersuka-ria, tetapi dalam masa yang sama, kita merapatkan lagi hubungan yang jarang-jarang ketemu.

Biarlah bahagia yang sementara, senyuman yang sekejap, gelak tawa yang tidak panjang ini, kita semat dalam hati. Tidak tahu bila lagi kita dapat merasa. Subhanallah. Semuanya atas kehendak Allah. Dan jika bagi Engkau ia adalah jalan kealpaan, maka hentikanlah ya Allah. Aku cuma insan hina, aku cuma manusia biasa yang ingin merasa manisnya ukhuwah, aku cumalah aku.

Allah, aku redha dengan semua ketetapan, walau ujianMu terpaksa menitiskan air mataku. Lebih baik dari aku menitiskan kerana hal yang sia-sia.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;