Aku Guru

Salam. Apa khabar pembaca sekalian?

Nama saya Daniel.


Umur saya, em.. saya darjah 3. Setiap hari Rabu malam Khamis, saya akan menghadiri kelas tuisyen Bahasa Inggeris dengan abang saya. Kelas ni diajar oleh cikgu saya, namanya cikgu Miss Kay. Setiap malam cikgu akan jemput saya dan abang di kedai mama. Saya dan abang selalu lambat, kesian cikgu kena tunggu lama, tapi cikgu layankan saja.

Saya dan abang selalu buli cikgu. Kesian dia. Asyik-asyik suruh 'jangan gaduh-gaduh..', 'abang, taknak kacau adik..'. Hehe! Itulah kata-kata yang selalu je cikgu cakap. Kadang-kadang, kelas cikgu ni boring, sebab saya tak faham apa yang cikgu ajar. Saya tak faham setiap perkataan yang cikgu tulis dekat papan putih. Sebab tu, saya selalu tanya, parents tu apa cikgu? Table tu apa cikgu? They tu apa cikgu? Kadang-kadang, cikgu bengang sebab setiap kali tuisyen mesti tanya, THEY tu apa cikgu?


Penat cikgu nak menjawab, tapi cikgu jawab juga. Kadang-kadang saya gelak-gelak, sebab cikgu ni kelakar. Cikgu tak pernah marah saya atau abang saya. Cikgu selalu cakap baik-baik walaupun kami nakal. Cikgu selalu puji saya dan abang bila kami tunjukkan sikap yang baik dan buat jawapan betul. Saya suka berebut dengan abang untuk jawab soalan cikgu, walaupun kami tak tahu betul atau tidak. Kadang-kadang, selamba je cikgu gelak-gelak lepastu cakap jawapan saya salah. Mungkin jawapan saya lucu kot.

Dah 2 bulan lebih cikgu ajar kami. Tapi, kami tak pandai-pandai juga English. Cikgu kata sebab kami ni main-main. Cikgu ajar taknak dengar betul-betul. Yake cikgu?

Masa cikgu ajar, saya melukis dekat papan putih. Bila cikgu suruh duduk, saya kata tunggu habis lukis dulu. Cikgu pun biarkan sampai saya habis lukis. Bila dah habis lukis, saya tanya cikgu. Cantik tak cikgu? Cikgu mesti jawab, wahhhh! Tapi tak beritahupun cantik ke tak.

Pernah juga saya dan abang bawa cengkerik pergi kelas cikgu. Cikgu takut cengkerik! Cikgu kata jangan buka bekas tu, nanti dia lompat-lompat pergi dekat cikgu, cikgu nangis nanti. Haha! Apalah cikgu ni, dengan cengkerikpun cikgu boleh nangis. Mungkin orang perempuan memang penakut.

Bukan tu je, saya dan abang pernah bawa mainan pergi kelas. Sambil-sambil cikgu ajar, kami main mainan tu. Kesian cikgu, cakap sorang-sorang dekat depan. Lepastu masa cikgu bagi latihan, saya tak boleh nak jawab. Jadi, cikgu terpaksa explain lagi sekali. Cikgu suruh letak tepi mainan tu, suruh mainan tu tengok kami belajar, nanti diorang pun jadi pandai macam kami. Yake cikgu? Cikgu senyum je.

Masa mama belikan selipar baru untuk kami, saya excited sangat nak beritahu cikgu. Lawa tak selipar mama belikan untuk kami? Cikgu kata cantiknya!

Saya suka naik kereta cikgu, sebab cikgu suka baca doa kenderaan sama-sama dengan saya. Saya rasa tak sedap hati kalau tak baca doa naik kenderaan. Naik je kereta, mesti suruh, 'cikgu baca doa naik kenderaan'. Cikgupun baca, saya dan abang ikut apa yang cikgu baca. Tapi, saya tak tahu apa maksud doa tu. Nanti cikgu beritahu kami ya apa maksud doa tu.

Cikgu pernah bawa kami beli gula-gula dekat Gardien sebelah tempat tuisyen. Saya dan abang beli gula-gula yang sama, gula-gula paling murah antara banyak-banyak. Saya takut nak beli mahal-mahal, takut nanti cikgu tak ada duit nak bayar. Cikgu kata, tak apa. Cikgu ada je duit.

Bukan tu je, haritu sebab kami baca poem dengan baik bersama-sama cikgu, cikgu bawa kami pergi kedai Freedom. Dia belikan kami buku Bahasa Inggeris sorang satu. Seronok sangat. Balik je, saya terus baca walaupun tak tahu betul ke tak bacaan saya. Sebab cikgu kata, saya dan abang selalu sebut salah. Tapi cikgu selalu betulkan. Dia kata lagi, kalau nak pandai English kena rajin baca buku English. Lepastu, tak boleh malu-malu bercakap. Tapi, saya selalu rasa malu nak cakap English. Sebab takut cikgu gelakkan.

Haritu, tiba-tiba cikgu tanya pasal solat. Cikgu tanya, tadi solat Maghrib tak. Saya cakaplah, tak tahu nak solat macamana. Cikgu kata, nanti cikgu ajarkan macamana nak solat. Seronoknya! Saya tak pernah solat, tapi dekat kelas agama ustaz tu ada ajar solat, tapi tak ingatlah macamana.

Semalam, saya bagi cikgu hadiah. Hadiah sempena hari guru. Cikgu terkejut tengok hadiah tu. Cikgu buka hadiah yang saya dan abang saya bagi tu dengan penuh hati-hati. Sopannya cikgu buka hadiah kami. Biasanya cikgu-cikgu ni dia koyakkan je pembalut hadiah tu. Tapi cikgu kata, pembalut hadiah ni kan elok lagi. Kesian Daniel dan Danish dan susah-susah balut hadiah ni untuk cikgu, takkan cikgu nak koyakkan je. Baiknya cikgu.


Saya suruh cikgu buka atas lantai. Sebab hadiah saya bagitu kaca. Takut nanti jadi macam cikgu haritu, buka masa dia tengah berdiri, jatuh dan hancur. Kesian cikgu tu, tak dapat simpan hadiah kenangan saya dan abang saya.




Cikgu kata, cantiknya Hello Kitty. Terima kasih.

Nasib baik cikgu suka. Saya dan abang risau, takut-takut cikgu tak suka dengan hadiah yang kami bagi. Tapi, cikgu suka. Kami pun suka.

Last sekali, cikgu kata nak ambil gambar saya dan abang saya. Saya dan abang pun duduk dengan sopan sambil menayangkan gigi kami yang putih pada cikgu. Sekali tekan je, wajah kami terpampang di skrin telefon bimbit cikgu.



Terima kasih cikgu sebab melayan kerenah kami.

6 Shreks:

Anonymous said...

well done!!!(^_^)

Kay J said...

wahh!!

Maryam said...

comelnya!

Hemy said...

susah gak kan...dh la kelas tmbhn..kang takde beza pn..kita lak salah

Kay J said...

o0o0o..

huhu.. tak apa kita dah cuba sedaya yang mampu. =)

zuril said...

untungnya abang dan adik dapat cikgu yang sporting, dalam lembut ada tegasnya. hehe.

(kak zuril)

 
;