Ya, minggu ni ada daurah. Jadi, daurah telah mengganggu perancangan asal aku. Asalnya, Sabtu aku turun Shah Alam, rumah kawan. Ahad tu kami akan ke UiTM ambil jubah sama-sama. Dan kerana daurah ni, aku tak dapat jumpa kawan-kawan!
Provokasi!
Kadang-kadang kita tak sedar, Allah beri jalan yang terbaik buat kita. Allah merancang sesuatu yang manis buat kita. Walaupun kita merancang sesuatu yang istimewa untuk diri kita dan sahabat-sahabat, tetapi Allah aturkan sesuatu yang lebih manis bukan sahaja dimata kita, bahkan didalam Islam, dan yang paling penting manis disisi Allah. Masya Allah, Engkau Maha Penyayang.
Daurah Sabtu ni di KL. Perjalanan yang jauh tetapi pengisiannya insyaallah sangat mantap, harapnya. Dah lama tak pergi daurah, lama sangat! 2 minggu berturut ada daurah, 2 minggu itulah aku tak dapat hadir kerana terpaksa laksanakan tuntutan lain. Bukan tu je, daurah bersama adik-adik sebelum tu pun tak dapat nak ikut sebab ada kelas tuisyen ganti. Banyak sangat kekangannya.
Dan Sabtu ini, Allah gantikan daurah-daurah yang aku terlepas tu dengan daurah yang bagi aku pengisiannya insyaallah sangat best!
Asalnya aku boleh ikut daurah tu sehari je. Tapi atas cadangan Murobbiku, dia akan bawa aku ke UiTM untuk ambil jubah usai saja daurah Ahad tengahari tu. Subhanallah. Terima kasih akak. Akupun tak terfikir nak menyusahkan siapa-siapa. Allah yang berkuasa ke atas sesuatu, Dialah juga yang menggerakkan hati-hati kita, Dia jugalah yang mengatur sesuatu yang terbaik buat kita.
Tak tahu kenapa rasa tak sabar nak pergi daurah tu meluap-luap. Mungkin terlalu rindukan pengisian. Nak pergi mukhayyam pun terasa debarannya. 2 minggu lagi, terasa lamanya. Kenapa tak excited nak konvo? Tapi excited nak mukhayyam. Kadang-kadang sampai terlupa, bila konvo aku sebenarnya?
ISK pertama dapat di Walsall Birmingham.
Alhamdulillah, kerana Allah beri aku peluang untuk menghadiri daurah ni penuh. Insyaallah, moga segalanya dipermudahkan. Moga harapan ini menjadi kenyataan tanpa sebarang masalah. Aku rindukan kata-kata semangat. Aku rindukan teguran-teguran. Aku rindukan perkongsian sahabat-sahabat. Aku rindukan segala-galanya.
Dan aku bakal merindui adik-adikku yang bakal berpisah dek kerana melanjutkan pelajaran masing-masing. Ingat adik-adik. Akak cabar, dalam masa 2 tahun siapa anda ketika itu? Murobbiah? Atau hilang semua yang telah kita lalui? (nauzubillah). This is reality, kenyataan yang bukan dibuat-buat, tetapi kenyataan yang pernah berlaku.
Usrah terakhir bersama Paan. Lepasni dia akan pergi ke UiTM Shah Alam. Take care of yourself my dear sister. I love u so much, like my little sister.
Jangan pernah futur! Jangan ulang kesilapan kakakmu ini. Ingat!
0 Shreks:
Post a Comment