Temuduga 1

Salam.

Hari ni aku menghadiri interview di Southern Lion, naik teksi. Adalah dalam 15-20 minit dari rumah kak Nurul (tu kalau jem). Semuanya berjalan dengan baik, agaknyalah. Yang pasti, aku selalu tak menjawab soalan mereka dengan betul, and I lost my vocab.


Conclusion selepas interview ini adalah:

1. Jika aku diterima bekerja, maka Allah mengetahui dimana kekuatan dan kemampuan aku.
2. Jika aku tidak diterima bekerja, maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik dari ini.

Insyaallah.

Masa interview, aku tak banyak fikir. Semua jawapan based on eager to get the job. So every answer must be confident.

Balik rumah, aku berfikir dan terfikir. Macamana kalau aku betul-betul dapat kerja ni? Masalah besar akan melanda diri aku (aku rasa masalah besar jugalah). Aku bingung fikir, bagaimana tarbiyah aku? Bagaimana usrah? Bagaimana pengisian diri? Aduh, banyaknya nak difikirkan.

Kenapa? Sebab kerja ni banyak travel from one place to another. Minimum period of traveling is about 1 week. Tu paling sekejap, paling lama? Dalam sebulan macamtu. Kaget.

Selain daripada tu, mak dah memberi keizinan untuk beli kereta, tapi pakai duit sendiri. Dia tahu dalam bank aku ada duit, cukuplah untuk bayar downpayment kalau beli kereta. Bulanan tu pandai-pandailah tanggung guna duit gaji. So?

Wassalam.

0 Shreks:

 
;