Bismillah.
Ramai tanya saya, kenapa Sarawak?
Oktober 2012, ada pakcik beritahu ada kerja di Sarawak. Ada sorang pakcik nak cari orang semenanjung untuk kerja dengan dia, perempuan. Hati saya menolak untuk ke sana, sebab jauh dan susah nak balik rumah. Saya pula ada perancangan lain dengan adik saya di Pahang selepas saya tamat belajar. Ketika itu saya telah membuat keputusan tekad untuk tidak menerima tawaran tersebut. Masa berlalu, dan terus berlalu. Walaunpun satu tekad telah dibuat, hati saya masih ada sekelumit keinginan untuk ke Sarawak.
November 2012, saya dapat panggilan daripada Sarawak. Saya bertanya pendapat, saya bercerita, saya istikharah, saya siap bernazar. Nazar saya telah membawa saya ke Sarawak. Tetapi, itu hanya sebuah alasan kecil. Saya cuma mahu keluar dari situ, keluar dari kepahitan lama, saya ingin membina kepahitan baru di tempat yang baru. Ya, setiap hari berkumandang dalam kepala saya lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian Kaka dan Zizan. Tahukah anda apa maksudnya?
Akhirnya saya pergi benar-benar jauh dalam Malaysia. Carilah saya dalam rabitah kamu jika benar kamu merinduiku.
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Bismillah. Alhamdulillah.
Selepas seminggu 2 hari berada disini, saya di ziarahi beberapa orang akhawat yang kebanyakannya pelajar UNIMAS. Jazakumullah untuk mereka. Dan seorang kakak bawa saya ziarah seorang pakcik, ayah kepada majikan salah seorang adik daripada UNIMAS.
Keadaan dekat sini tak menentu. Saya rasa macam hilang arah sikit sebab tak biasa tanpa kenderaan. Dekat sini teksi dan bas pun tak ada. Nak berjalan.. saya takut anjing. Nak keluar dari lorong rumah ni panjang juga perjalanan dan ada beberapa ekor anjing yang perlu saya lintasi.
Cakap pasal kerja, saya sedang belajar akaun sikit-sikit dan yang paling mudah sekali. Sebabnya saya bukan budak akaun! Pening jugalah sebab saya tak tahu akaun yang paling simple macamanakan? Jadi, kita tengoklah macamana nanti.
Rumah setakat ni ok je. Cuma kadang2 ptg dia macam panas sikit. Rupanya Sarawak ni negeri yang besar dan panas. Tanah luas, sangat luas kalau nak bandingkan dengan semenanjung.
Oklah, tak ada banyak sangat benda yang boleh dikhabarkan setakat ni. Semoga semuanya baik-baik selepas ni.
Insyaallah.
Alhamdulillah.
Lama rasanya tak menulis. Insyaallah jika diberi kesempatan untuk menulis semula dalam kelapangan.
Hari ni adalah hari terakhir saya di semenanjung. Esok saya akan berangkat ke Sarawak memulakan tugasan di Kota Samarahan, Kuching. Sedih juga sebab terpaksa tinggalkan mereka yang saya sayang kerana Allah. Saya harap semuanya baik-baik, insyaallah.
Bulan depan saya akan pulang semula untuk konvo. Tak tahu sama ada mengundi nanti saya akan balik atau tidak. Nak balik, tapi jaraknya macam dekat sangat dengan konvo, dan rasa macam baru sampai Sarawak. Berbaloikah?
Doakan perjalanan saya. Insyaallah.
Aku rasa memang penimbang ni salah.
Sepatutnya lepas habis puasa, berat makin bertambah. Kenapa makin berkurang? Mestilah pelikkan? Jadi, as a conclusion, penimbang itu salah.
Its been hectic days for me. Banyak kerja dan bertambah-tambah banyak. Pening kepala otak, pening dan pening. Huhu. Ada ke pening kepala otak? Sakit otak adalah. Pening untuk kepala. Apa beza sakit dan pening kepala? Ada beza, cuba fikir sampai pening, itulah pening kepala. Sakit otak tak perlukan pemikiran, cuma perlu hantuk pada dinding, kejap lagi sakitlah tu.
Lately aku rasa macam something is not right inside me. Mana tahu? Sebab banyak benda tak betul yang aku telah buat. Dan aku fikirkan. Dan aku rasakan. Walhal semua itu hanyalah mainan syaitan. Oh, mudahnya aku tewas. Aku mula merindui Ramadhan. Aku rasa macam nak demam selepas ditinggalkan Ramadhan selama 2 minggu ni. oh Ramadhan, rindukah kamu padaku.
Aku cuba untuk muhasabah, apa masalah aku sebenarnya. Makin lama aku fikir, makin serabut rasanya. Makin rasa sedih, nak menangis, kosong dan sebagainya. Mungkin terlalu banyak silap diri sampai termakan hati sendiri. Oh, apakah?
Tiba-tiba aku rasa macam diri aku ketika di UiTM dulu. Rasa nak lari dari semua orang. Oh, kenapakah? Dunia ini seperti sedang menghukum aku. Seluruh alam seolah-olah sedang mengherdik aku. Setiap binatang yang kelihatan seperti menjeling tajam tanda marah dan dendam pada aku. Oh, mengapakah? Rupanya dosa sedang bertimbun-timbun usai Ramadhan. Dosa dan dosa, semakin dikenang, semakin pahit rasanya. Aku rindukan Ramadhan. Bolehkah aku menangis seketika mengenangkan Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita?
Mungkin ini penangan banyak berfikir. Kerja, jamuan, rehlah, nikah abang long, dan yang paling sadis rasa nak menjerit tak dapat join pengisian Jumaat malam. Bolehkah aku nak menjerit, kenapa mesti Jumaat ni?! Baiklah, aku redha. Boleh je nak pergi, kalau aku tak duduk dengan family. Takpalah, tolonglah mak Jumaat tu nak bersiap-siap. Siapa lagi nak tolong?
Asyik-asyik nak marah je. Mana sifat sabar itu? Istighfarlah selalu.
Wallahualam.

Salam.
Just nak share dan kita fikir bersama.
Dalam bilik office aku, ada satu penimbang khas. Tak tahu siapa punya tapi memang sejak aku masuk memang ada. Kakak-kakak di pejabat tu, memang selalu menimbang berat. Kadang-kadang suka, kadang-kadang sedih. Ada yang berusaha untuk turunkan berat badan, sebab tu hari-hari kena timbang.
Alangkah indahnya, jika berat itu adalah dosa kita. Bahagianya jika kita tahu bahawa dosa kita semakin memberat saban hari. Dan setiap hari jugalah kita berusaha untuk turunkan berat dosa itu. Maka, kita berusaha untuk kurangkan membuat perkara-perkara yang dilarang Allah. Untuk menebus dosa-dosa itu, kita kena banyak membuat amalan yang disukai Allah. Perkara-perkara yang Allah suruh dan suka. Mestilah perkara-perkara yang baik. Betul tak?
Kita berharap sangat, bulan Ramadhan ni amalan dosa kita menyentuh angka 0, bahkan mungkin melepas negetif. Berharap sangat, sehingga penimbang berat tidak mampu lagi mengukur timbangan dosa yang saban hari semakin berkurang. Sesuai dengan amalan yang Rasulullah anjurkan di bulan Ramadhan tidak pernah ditinggalkan seperti bersedekah, menutup aurat, qiyam, mengaji al-Quran dan sebagainya. Mudahnya mendapat pahala di bulan Ramadhan ni.
Jadi, marilah sama-sama kita berusaha untuk menurunkan berat dosa kita. Takut juga kalau-kalau di bulan Ramadhan pun dosa kita lebih berat dari bulan-bulan yang lain nauzubillah. Moga hati kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
Ada banyak sangat benda fikir. Tapi mungkin malam ni tak ada niat untuk sharing detail apa yang dipeningkan. Apa yang penting, mengingati Allah selalu walau sibuk macamanapun kita dengan urusan dunia yang sementara ni. Oklah. So tired and restless.
Wallahualam.
Just nak share dan kita fikir bersama.
Dalam bilik office aku, ada satu penimbang khas. Tak tahu siapa punya tapi memang sejak aku masuk memang ada. Kakak-kakak di pejabat tu, memang selalu menimbang berat. Kadang-kadang suka, kadang-kadang sedih. Ada yang berusaha untuk turunkan berat badan, sebab tu hari-hari kena timbang.
Alangkah indahnya, jika berat itu adalah dosa kita. Bahagianya jika kita tahu bahawa dosa kita semakin memberat saban hari. Dan setiap hari jugalah kita berusaha untuk turunkan berat dosa itu. Maka, kita berusaha untuk kurangkan membuat perkara-perkara yang dilarang Allah. Untuk menebus dosa-dosa itu, kita kena banyak membuat amalan yang disukai Allah. Perkara-perkara yang Allah suruh dan suka. Mestilah perkara-perkara yang baik. Betul tak?
Kita berharap sangat, bulan Ramadhan ni amalan dosa kita menyentuh angka 0, bahkan mungkin melepas negetif. Berharap sangat, sehingga penimbang berat tidak mampu lagi mengukur timbangan dosa yang saban hari semakin berkurang. Sesuai dengan amalan yang Rasulullah anjurkan di bulan Ramadhan tidak pernah ditinggalkan seperti bersedekah, menutup aurat, qiyam, mengaji al-Quran dan sebagainya. Mudahnya mendapat pahala di bulan Ramadhan ni.
Jadi, marilah sama-sama kita berusaha untuk menurunkan berat dosa kita. Takut juga kalau-kalau di bulan Ramadhan pun dosa kita lebih berat dari bulan-bulan yang lain nauzubillah. Moga hati kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.Ada banyak sangat benda fikir. Tapi mungkin malam ni tak ada niat untuk sharing detail apa yang dipeningkan. Apa yang penting, mengingati Allah selalu walau sibuk macamanapun kita dengan urusan dunia yang sementara ni. Oklah. So tired and restless.
Wallahualam.
Salam. Apa khabar pembaca sekalian?
Saya suruh cikgu buka atas lantai. Sebab hadiah saya bagitu kaca. Takut nanti jadi macam cikgu haritu, buka masa dia tengah berdiri, jatuh dan hancur. Kesian cikgu tu, tak dapat simpan hadiah kenangan saya dan abang saya.
Cikgu kata, cantiknya Hello Kitty. Terima kasih.
Nasib baik cikgu suka. Saya dan abang risau, takut-takut cikgu tak suka dengan hadiah yang kami bagi. Tapi, cikgu suka. Kami pun suka.
Last sekali, cikgu kata nak ambil gambar saya dan abang saya. Saya dan abang pun duduk dengan sopan sambil menayangkan gigi kami yang putih pada cikgu. Sekali tekan je, wajah kami terpampang di skrin telefon bimbit cikgu.
Terima kasih cikgu sebab melayan kerenah kami.
Nama saya Daniel.
Umur saya, em.. saya darjah 3. Setiap hari Rabu malam Khamis, saya akan menghadiri kelas tuisyen Bahasa Inggeris dengan abang saya. Kelas ni diajar oleh cikgu saya, namanya cikgu Miss Kay. Setiap malam cikgu akan jemput saya dan abang di kedai mama. Saya dan abang selalu lambat, kesian cikgu kena tunggu lama, tapi cikgu layankan saja.
Saya dan abang selalu buli cikgu. Kesian dia. Asyik-asyik suruh 'jangan gaduh-gaduh..', 'abang, taknak kacau adik..'. Hehe! Itulah kata-kata yang selalu je cikgu cakap. Kadang-kadang, kelas cikgu ni boring, sebab saya tak faham apa yang cikgu ajar. Saya tak faham setiap perkataan yang cikgu tulis dekat papan putih. Sebab tu, saya selalu tanya, parents tu apa cikgu? Table tu apa cikgu? They tu apa cikgu? Kadang-kadang, cikgu bengang sebab setiap kali tuisyen mesti tanya, THEY tu apa cikgu?
Penat cikgu nak menjawab, tapi cikgu jawab juga. Kadang-kadang saya gelak-gelak, sebab cikgu ni kelakar. Cikgu tak pernah marah saya atau abang saya. Cikgu selalu cakap baik-baik walaupun kami nakal. Cikgu selalu puji saya dan abang bila kami tunjukkan sikap yang baik dan buat jawapan betul. Saya suka berebut dengan abang untuk jawab soalan cikgu, walaupun kami tak tahu betul atau tidak. Kadang-kadang, selamba je cikgu gelak-gelak lepastu cakap jawapan saya salah. Mungkin jawapan saya lucu kot.
Dah 2 bulan lebih cikgu ajar kami. Tapi, kami tak pandai-pandai juga English. Cikgu kata sebab kami ni main-main. Cikgu ajar taknak dengar betul-betul. Yake cikgu?
Masa cikgu ajar, saya melukis dekat papan putih. Bila cikgu suruh duduk, saya kata tunggu habis lukis dulu. Cikgu pun biarkan sampai saya habis lukis. Bila dah habis lukis, saya tanya cikgu. Cantik tak cikgu? Cikgu mesti jawab, wahhhh! Tapi tak beritahupun cantik ke tak.
Pernah juga saya dan abang bawa cengkerik pergi kelas cikgu. Cikgu takut cengkerik! Cikgu kata jangan buka bekas tu, nanti dia lompat-lompat pergi dekat cikgu, cikgu nangis nanti. Haha! Apalah cikgu ni, dengan cengkerikpun cikgu boleh nangis. Mungkin orang perempuan memang penakut.
Bukan tu je, saya dan abang pernah bawa mainan pergi kelas. Sambil-sambil cikgu ajar, kami main mainan tu. Kesian cikgu, cakap sorang-sorang dekat depan. Lepastu masa cikgu bagi latihan, saya tak boleh nak jawab. Jadi, cikgu terpaksa explain lagi sekali. Cikgu suruh letak tepi mainan tu, suruh mainan tu tengok kami belajar, nanti diorang pun jadi pandai macam kami. Yake cikgu? Cikgu senyum je.
Masa mama belikan selipar baru untuk kami, saya excited sangat nak beritahu cikgu. Lawa tak selipar mama belikan untuk kami? Cikgu kata cantiknya!
Saya suka naik kereta cikgu, sebab cikgu suka baca doa kenderaan sama-sama dengan saya. Saya rasa tak sedap hati kalau tak baca doa naik kenderaan. Naik je kereta, mesti suruh, 'cikgu baca doa naik kenderaan'. Cikgupun baca, saya dan abang ikut apa yang cikgu baca. Tapi, saya tak tahu apa maksud doa tu. Nanti cikgu beritahu kami ya apa maksud doa tu.
Cikgu pernah bawa kami beli gula-gula dekat Gardien sebelah tempat tuisyen. Saya dan abang beli gula-gula yang sama, gula-gula paling murah antara banyak-banyak. Saya takut nak beli mahal-mahal, takut nanti cikgu tak ada duit nak bayar. Cikgu kata, tak apa. Cikgu ada je duit.
Bukan tu je, haritu sebab kami baca poem dengan baik bersama-sama cikgu, cikgu bawa kami pergi kedai Freedom. Dia belikan kami buku Bahasa Inggeris sorang satu. Seronok sangat. Balik je, saya terus baca walaupun tak tahu betul ke tak bacaan saya. Sebab cikgu kata, saya dan abang selalu sebut salah. Tapi cikgu selalu betulkan. Dia kata lagi, kalau nak pandai English kena rajin baca buku English. Lepastu, tak boleh malu-malu bercakap. Tapi, saya selalu rasa malu nak cakap English. Sebab takut cikgu gelakkan.
Haritu, tiba-tiba cikgu tanya pasal solat. Cikgu tanya, tadi solat Maghrib tak. Saya cakaplah, tak tahu nak solat macamana. Cikgu kata, nanti cikgu ajarkan macamana nak solat. Seronoknya! Saya tak pernah solat, tapi dekat kelas agama ustaz tu ada ajar solat, tapi tak ingatlah macamana.
Semalam, saya bagi cikgu hadiah. Hadiah sempena hari guru. Cikgu terkejut tengok hadiah tu. Cikgu buka hadiah yang saya dan abang saya bagi tu dengan penuh hati-hati. Sopannya cikgu buka hadiah kami. Biasanya cikgu-cikgu ni dia koyakkan je pembalut hadiah tu. Tapi cikgu kata, pembalut hadiah ni kan elok lagi. Kesian Daniel dan Danish dan susah-susah balut hadiah ni untuk cikgu, takkan cikgu nak koyakkan je. Baiknya cikgu.
Cikgu kata, cantiknya Hello Kitty. Terima kasih.
Nasib baik cikgu suka. Saya dan abang risau, takut-takut cikgu tak suka dengan hadiah yang kami bagi. Tapi, cikgu suka. Kami pun suka.
Last sekali, cikgu kata nak ambil gambar saya dan abang saya. Saya dan abang pun duduk dengan sopan sambil menayangkan gigi kami yang putih pada cikgu. Sekali tekan je, wajah kami terpampang di skrin telefon bimbit cikgu.
Terima kasih cikgu sebab melayan kerenah kami.
Salam.
aku nak tulis sikit je. expression of my feeling.
masa aku jadi JPK (jawatankuasa perwakilan kolej) dulu, ada seorang budak lelaki, nama dia Rabbani. masa dapat tahu tu, macam jakun. ada ke nama orang macamtu? nampak Islamikkan? orangnya baik je, pendiam. dalam hati, mesti alim. tapi, tak adalah alim sangat pun. biasa-biasa je.
igtkan, itulah kali pertama dan terakhir nama Rabbani menjadi sebutan orang keliling. rupanya..
lagi satu Rabbani wujud dekat tempat aku kerja. memanglah jakun buat kali kedua. ada juga orang nama Rabbani dekat sini? haha! tapi, orangnya tak sama dengan Rabbani sebelum ni. tak pendiam, agak kepoh. Islamik? entahlah. bukannya aku berborak dengan dia pun nak tahu detail. sebab dia tu kepoh dalam pejabatlah yang selalu mendapat perhatian.
macam kartun!
siapa-siapa yang nama Rabbani, jangan tersedak plaese!

Subhanallah.
Ngantuk sangat. Semakin hari, terasa semakin penat walaupun kerja aku duduk menghadap laptop je. Tapi, still letih. Letih tu mungkin punca daripada mata yang tak berhenti menatap skrin laptop.
Tadi lepas lunch, singgah bilik Murobbiku kejap. Saja kacau dia. Tak ingat dah apa yang diborakkan, tetapi yang pasti aku banyak gelak je. Sampai dia kata, aku ni pelik sejak belakangan ni. Mungkin nampak ceria, happy dan suka gelak. Astaghfirullah. Kena kurangkan gelak ni.
Status di FB:
Memang sejak akhir-akhir ni agak letih. Sebab kena bangun pagi, balik petang. Sampai terlelap-lelap depan laptop. Tersengguk-sengguk. Masih tak biasa lagi dengan keadaan yang kena tidur awal dan bangun awal. Lepastu tak ada tidur in the middle of work. Tak tension, tapi mengantuk.
Esok ada kerja. (Hari-haripun kerja), tapi yang ni lain sikit. Aku kena bergerak ke department lain. Kerja yang dapat haritu dah settle sikit, esok boleh report.
Esok dekat department tu, aku tak tahu nak cakap apa. Aku tak plan lagi layout untuk database penyelidik-penyelidik nak buat macamana. Too many parameter yang ada dan tak tahu yang mana paling penting. Just bawa je semua dan kalau boleh nak dapat ide tentang macamana sistem tu berfungsi dulu.
Tadi, kakak dekat office tanya, taknak berkenalan ke dengan RA yang lain. Diorang duduk tempat lain, so tempat kitorang macam berbeza dan berjauhan. Bukan taknak, siapalah yang taknak berkawan. Tapi, kalau tak ada orang yang nak kenalkan dengan aku, akupun seganlah juga. Lagipun memang tak tahu bilik RA tu dekat mana.
Oklah. I should have sleep by now, tapi melayankan adik seorang ni.
Mari kita sama-sama berdoa semoga hari esok lebih baik dari hari ini. =) Wallahualam.

kak A kata.. kausar ni sejak akhir2 ni peliklah.. yake kak A? yelah, sejak akhir2 ni penat, so kenalah sembunyikannya dengan suka-ria selalu =) sejak akhir2 ni rasa tenang sentiasa.. bukankah hati itu milik Allah..
Memang sejak akhir-akhir ni agak letih. Sebab kena bangun pagi, balik petang. Sampai terlelap-lelap depan laptop. Tersengguk-sengguk. Masih tak biasa lagi dengan keadaan yang kena tidur awal dan bangun awal. Lepastu tak ada tidur in the middle of work. Tak tension, tapi mengantuk.
Esok ada kerja. (Hari-haripun kerja), tapi yang ni lain sikit. Aku kena bergerak ke department lain. Kerja yang dapat haritu dah settle sikit, esok boleh report.
Esok dekat department tu, aku tak tahu nak cakap apa. Aku tak plan lagi layout untuk database penyelidik-penyelidik nak buat macamana. Too many parameter yang ada dan tak tahu yang mana paling penting. Just bawa je semua dan kalau boleh nak dapat ide tentang macamana sistem tu berfungsi dulu.
Tadi, kakak dekat office tanya, taknak berkenalan ke dengan RA yang lain. Diorang duduk tempat lain, so tempat kitorang macam berbeza dan berjauhan. Bukan taknak, siapalah yang taknak berkawan. Tapi, kalau tak ada orang yang nak kenalkan dengan aku, akupun seganlah juga. Lagipun memang tak tahu bilik RA tu dekat mana.
Oklah. I should have sleep by now, tapi melayankan adik seorang ni.
Mari kita sama-sama berdoa semoga hari esok lebih baik dari hari ini. =) Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

- Follow Me on Twitter!
- "Join Me on Facebook!
- RSS
Contact