Pejam celik pejam celik, tinggal 9 hari.
Rasa macam lambat lagi, tapi sebenarnya tak lama dah. Macam mendaki, kita rasa jauh sebab kita menggunakan kaki, dan sepenuh kudrat yang anda menempuh laluan hutan yang curam dan berliku. Kadang-kadang kena lalu air, kadang-kadang kena panjat batu, semua tu beri kesan pada masa perjalanan kita untuk sampai ke puncak. Terasa jauh bukan?
Tapi bila dah sampai, kita rasa macam, tak adalah lama sangat kita jalan. Cuma kita banyak menggunakan tenaga, makanya kita merasa letih, penat, dahaga, lapar, macam-macam perasaan bercampur-baur semasa pendakian berlaku. Inilah realitinya.
Begitulah halnya perjalanan hidup kita. Rasa macam, jauh je lagi nak sampai pada hari yang ditunggu. Tapi sebenarnya, bila kita fokus dan teruskan kehidupan macam biasa, sebenarnya sekejap je kita dah sampai ke hari tersebut.
Dan 9 hari itu, terasa begitu singkat.
Macamnilah gayanya selepas 10 jam mendaki. Puas hati bila berjaya sampai puncak.
Harapnya puas hati selepas 9 hari dari hari ini, puas menikmati hari bahagia dan hari gembira. Penat sekarang, hasilnya tak tergambar dengan kata-kata.
Selamat berhujung minggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Shreks:
Post a Comment