Kondisi Terkini


Bismillah. Alhamdulillah.

Selepas seminggu 2 hari berada disini, saya di ziarahi beberapa orang akhawat yang kebanyakannya pelajar UNIMAS. Jazakumullah untuk mereka. Dan seorang kakak bawa saya ziarah seorang pakcik, ayah kepada majikan salah seorang adik daripada UNIMAS.

Keadaan dekat sini tak menentu. Saya rasa macam hilang arah sikit sebab tak biasa tanpa kenderaan. Dekat sini teksi dan bas pun tak ada. Nak berjalan.. saya takut anjing. Nak keluar dari lorong rumah ni panjang juga perjalanan dan ada beberapa ekor anjing yang perlu saya lintasi.

Cakap pasal kerja, saya sedang belajar akaun sikit-sikit dan yang paling mudah sekali. Sebabnya saya bukan budak akaun! Pening jugalah sebab saya tak tahu akaun yang paling simple macamanakan? Jadi, kita tengoklah macamana nanti.

Rumah setakat ni ok je. Cuma kadang2 ptg dia macam panas sikit. Rupanya Sarawak ni negeri yang besar dan panas. Tanah luas, sangat luas kalau nak bandingkan dengan semenanjung.

Oklah, tak ada banyak sangat benda yang boleh dikhabarkan setakat ni. Semoga semuanya baik-baik selepas ni.

Insyaallah.

0 Shreks:

 
;