headache

Salam diary.

Alhamdulillah, hari ni selamat di Segamat walaupun air sungai kiri kanan nampak macam dah meninggi, tetapi insyaallah doakan semoga tiada lagi banjir kedua selepas yang pertama teruk menyerang bandar Segamat. Ya Allah, pada-Mu tempat kami memohon, permudahkan segalanya. Jangan Kau timpakan kesusahan diluar kemampuan kami.

Aku rasa kepala aku sejak akhir-akhir ni selalu berdenyut. Mungkin kesan dari redah hujan beberapa kali sepanjang minggu lepas. Nak buat macamana, payung tak ada. Baju hujan tertinggal dirumah, dan mak dah pesan beberapa kali, dan kali ni pulang ke rumahpun masih tertinggal.

Pulang ke rumah, Jumaat malam bersama beberapa rakan. Dari Segamat ke Air Hitam, kawan drive. Dari Air Hitam ke Batu Pahat, aku drive untuk hantar sahabat-sahabat lain. Sepanjang perjalanan tu, sangat sakit kepala. Berdenyut-denyut. Padahal baru je nak start drive. Kelakarpun ada, tetapi harung jugalah. Tak ada siapa lagi yang boleh drive.

Hari ni, pulang ke Segamat bersama sahabat di Air Hitam juga, ingatkan dia nak drive rupanya dia taknak drive. Sabar je. Tapi tak apalah, katanya dia rabun jauh, risau nak drive. Tak apalah macamtu, baik aku je drive. Alhamdulilah selamat walaupun hakikatnya kami tak sempat nak kejar kelas pukul 2. Memang aku plan taknak pergi, tapi kawan aku kata nak pergi, so aku bersiaplah awal, plan bertolak pukul 12 macamtu. Tengok-tengok kunci kereta tak ada. Penat aku fikir dekat mana letak, rupanya kereta abah. Huhu. Call abah, abah tengah meeting ni, lambat lagi nak habis. Call Uda, suruh tunggu je abah. Lastly, mesej Uda minta keluar awal ambilkan kunci dekat kereta abah. Ingatkan bolehlah keluar awal, sama je. Pukul 1 baru keluar, oklah abah pula langsung tak boleh keluar lagi, meeting. Bertolaklah aku dari rumah dalam pukul 1.30 petang. Hehe. Ambil kawan dekat masjid, kebetulan masa tu baru masuk Zohor, akupun solatlah sekali di masjid alang-alang dah berhenti.

Sekarang, aku disini, mencari jurnal untuk subjek esok. Malas betul. Seronok bila apa yang kita cari senang je jumpa, tetapi jadi tak seronok dan menyakitkan hati bila semua benda kita cari tak keluar. Apa benda yang keluar ni? Tak ada kaitan langsung. Dahlah mengantuk, pening baca tulisan kecil-kecil tu. Hehe. So far memang tak banyak jurnal yang dijumpai. Sedih betul.

Hari ni aku rasa senang hati sedikit. Lagi rasa senang bila Sabtu baru-baru ni dapat menghadiri program bertemu dengan pak Syeikh dari Mesir tetapi dah lama bekerja di Malaysia (eh lama ke?). Bila dengan speech dia sangat bersemangat. Aku yang letih badan pun tak jadi nak letih, sebab semangat sangat. Subhanallah. Rasa macam, bestnya kalau hari-haripun dapat dengan speech dia, confirm tak boring. Confirm setiap masapun semangat membara-bara. Tetapi SEKARANG ni tak ada semangat, sebab nak tidur.

Oklah, nice meeting you diary. Although I've been online 3 days at home but I didn't really get to update you because of several reasons. Hehe. Some excuses from me as always. I love being at home. The brothers are on holiday and they will going to KL/Shah Alam for holiday at my sister-in-law's parents. Ok. I'm not sure the activities but hey, they are still travelling during holiday and thats good for busy daddy like my daddy Jiwa.

And one more thing forgot to share, my wrist in pain since Friday. Huhu. So, I was driving my car with painful, sometimes. Well, you won't drive your car with left hand for right-handed person right? Apa-apapun, akan pulih insyaallah. Oh, esok ada seminar!!! Bosan!!! Ok, calm down for a moment.

Smiling.

3 Shreks:

Anonymous said...

salam,

lama btol x dgr citer kan?sehat ker?dok mana skang?byk btol soalan nk ditanya tp xtau la.wujud lg ke persahabatan kita.ek.

pjai.

Kay J said...

salam pjai.

wah, lama sgt dah. skg kat johor. camana leh tersangkut dekat cnie? of coslah kita masih bersahabat =)

Anonymous said...

:)

 
;