Mereka Dulu & Kini

Salam.

Minggu lepas, aku bawa salah seorang adik usrah ke Kluang Mall. Katanya nak cari blazer. Mula-mula cadang ke BP Mall je, tapi dia kata dah cari dengan family dia, tak jumpa. Jadi, akupun setuju. Jenuh juga kami pusing tak jumpa juga. Susah juga nak cari blazer ni ya? Kalau dekat UK dulu, beli dekat charity shop, sangat banyak.

Banyaklah benda yang kami borakkan. Sebenarnya, dulu kami pernah duduk UK, lebih kurang waktu yang sama. Cuma dia di Manchaster, aku di Loughborough. Jadi, kami bertukar-tukar cerita berkenaan sahabat-sahabat kami yang telah pulang ke tanah air.


Perkara yang kami bincangkan, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apatah lagi nak diceritakan pada kawan-kawan. Malu rasanya. Kenapa? Sebab kami begini, tetapi kenapa kawan kami begitu?

Naqibah aku merangkap kakak ipar aku pernah cakap, UK dan Malaysia adalah dua keadaan yang sangat berbeza. UK keadaannya jelas. Kita dah nampak mana halal dan haram, kita dah nampak hitam dan putih. Berbeza dengan Malaysia, banyak perkara samar-samar. Ada benda memang Islam, tetapi ada pula unsur lain TERmasuk sekali. Pendek kata, tiada hitam dan putih yang jelas menunjukkan halal dan haram, yang tinggal hanya warna kelabu. Kelabu? Pedih mata bila terkena asap, itulah kelabu.

Ramai kawan-kawan, dulunya baik. Maksud baik ni pelbagai. Apa yang kami maksudkan baik adalah dari segi pakaian dan akhlak insyaallah terjaga. Bukan tu je, bahkan senang je nak ajak buat perkara baik. Seronokkan bila kita buat perkara baik sama-sama. Tetapi sayang, semuanya hanya baik di negara orang bukan Islam, dan kebaikan itu lenyap di negara sendiri, negara Islam.


Jadi, siapa yang kita patut persalahkan? Adakah suasana, ibu bapa, atau diri sendiri?

Kini mereka tidak lagi seperti dulu. Tudung sudah hilang, baju sudah ketat dan pendek, seluar sudah singkat, lagi atas lagi best. Apakah ini mentaliti yang kerajaan kita corakkan dalam diri remaja kita? Sedih sangat bila tengok dan nilai. Kalaulah kita rapat, mungkin aku sedang menangis menahan sedih atas perubahan kalian. Di mana nilai-nilai agama yang kita dapat masa di UK dulu? Cukupkah hanya menggunakannya disana hanya kerana disana susah nak jumpa orang Islam? Itu tidak adil namanya, kita tidak adil pada Tuhan kerana membeza-bezakan tempat. Sedangkan bumi ini milik Tuhan dan dimana saja kita berada peraturan-Nya tetap kita wajib laksanakan.

Adik usrah ni pernah tanya aku, kenapa akak tak bawa usrah macam ni masa di UK lagi. Kalau tak, mungkin kita boleh selamatkan diorang. Kita cuba untuk selamatkan diorang.

Sedih bila dengar. Aku ada usrah, tetapi aku tak pernah bawa usrah. Dan aku tak pernah tahu yang sampai satu masa, aku perlu bawa usrah. Dan aku sendiri tak pernah tahu usrah ni dilakukan pada zaman Rasulullah dan tak pernah dengar pun yang usrah ni wajib masa zaman Hassan Al-Bana. Bahkan Hassan Al-Bana pun aku tak kenal masatu. Macamana?

Aku beritahu dia, aku minta maaf sangat. Aku tak mampu buat apa-apa masa di UK. Aku tak tahu pun cara nak dakwah orang, cara nak usrahkan orang, dan aku tak tahu banyak benda. Dan aku tak ada kawan yang bagitahu aku pasal ni. Ya aku ada usrah, tetapi apa yang aku faham usrah tu sekadar cedok ilmu dan amalkan. Aku share, dalam blog. Tetapi, aku tak mampu nak mengusrahkan orang. Rukun usrahpun aku tak pernah tahu. Betapa jahilnya aku masa tu, main ikut je.

Bermain bola jaring ketika musim sejuk bukanlah perkara mudah. Susah! 

Ilmu yang kita terima bertingkat. Dulu, aku banyak tak tahu. Walaupun aku dah ikut usrah lama, tapi banyak sangat benda yang aku tak tahu. Mungkin pernah diberitahu, tetapi tak masuk sampai hati. Ataupun, mungkin tak mengamalkan, jadi ianya hanya hiasan dalam akal saja. Lama-lama hilang bila tidak diulang dan ulang. Cuma 2 tahun ni, aku dah mula faham. Sikit-sikit, aku cuba fahamkan, kenapa kita perlu bawa usrah sebenarnya. Alhamdulillah, semuanya atas kehendak-Nya mengizinkan sesuatu yang baik ini.

Aku rasa rugi. Tetapi, kesilapan semalam banyak mengajar kita untuk lebih menghargai hari esok.

Biarlah kita yang diberi kesempatan dalam dunia dakwah dan tarbiyah ini, menghargai anugerah ini. Tak semua orang mampu perolehi, hanya insan terpilih saja yang akan kekal di jalan ini. Pastikan kita adalah insan yang kekal sehingga ke syurga, biarpun terseksa kehidupan di dunia. Anggaplah itu peperiksaan iman, supaya iman kita akan terus mneingkat dari masa ke semasa, insyaallah.

Apa yang aku boleh buat, ubah apa yang didepan mata. Buat apa yang aku mampu, jika aku tak mampu, mana mungkin Allah memilihku berada di jalan ini.

Usrati jannati. Baitul Muslim Insyaallah.


Apakah kita telah di jamin masuk syurga?
Rebutlah selagi ada nyawa, rebutlah selagi sakratulmaut belum menjelma.

0 Shreks:

 
;