Bekerjalah Untuk Islam

Salam.

Cuba cari mood. Tak pasti mood untuk apa, sebab mata pun dah mengantuk. Fikiran pun entah ke mana. Tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang berserabut dalam kepala otak aku. Aku tahu apa dia, tapi aku tak boleh fikir satu-satu. I need to write it down supaya nampak lebih tersusun dan teratur apa aku perlu buat sebenarnya. Take time Kausar.


 Tadi aku chat dengan kawan lama aku. Dia cakap pasal belajar dan dakwah. Hidup dia rasa hilang tanggungjawab dakwah tu bila dia terlalu fokus dalam belajar, sehingga terabainya tanggungjawab dia sebagai seorang muslimah.

Bila muhasabah balik, betul. Kadang-kadang kita nak lari daripada menuntut ilmu (di universiti) sebab kita rasa hidup kita semakin jauh dari Allah. Semakin jauh dari Dia yang menciptakan kita. Bukan kita taknak menuntut ilmu langsung, kita cuma perlukan masa untuk merawat luka itu. Kita tak dapat nak seimbangkan tanggungjawab dunia dan akhirat. Kita cuba, ya cuba. Tetapi, tak semua orang mampu lalui. Allah beri kita jalan, kita memilih atas dasar Islam, bukan sebab lain.


Bukan tu je, aku ada cakap pasal tugas doktor. Doktor yang berguna adalah doktor yang bukan merawat sakit fizikal sahaja, tetapi merawat sakitnya iman mereka. 80% daripada pesakit yang dia jumpa, tak solat ketika sakit. Kenapa kita nak salahkan mereka? Mereka tak tahu dan tak faham, jadi apalah salahnya kita sebagai doktor bantu pesakit-pesakit itu? Kenapa kita nak salahkan diorang? Bersangka baiklah sesama kita. Tidak semua orang sama macam kita, dapat Islam di tempat belajar, dilahirkan dalam keluarga Islam, sekolah Islam, kita bertuah! Tetapi mereka tidak! Itu adalah tarbiyah untuk kita. Kenapa nak lari dari tanggungjawab?

Apa sahaja pekerjaan kita, dimana sahaja kita ditempatkan, jangan sekali-kali kata TIDAK pada dakwah. Jika aku menetap di Johor tetapi terpaksa sambung belajar di KL, adakah mad'u aku di JOHOR semata-mata? No! Mad'u kita adalah sesiapa sahaja yang berhampiran dengan kita. Itu lebih awla. Kenapa nak membeza-bezakan pesakit dengan masyarakat? Kenapa nak dakwah masyarakat tetapi bukan pesakit? Pesakit adalah masyarakat juga.

Kita nak dakwah dalam lingkungan yang besar, tetapi Allah telah memberi ruang untuk kita berdakwah dengan lebih dekat pada orang-oang yang hampir. Kenapa menolak pelawaan Allah? Terimalah dengan tangan yang terbuka. Allah sebaik-baik perancang.

Paling aku tak boleh tahan, dia tanya aku dah isi borang BM belum. Aku cakaplah, belum. Takut nak isi. Dia kata, aku malu bukan takut. Oklah, dua-dua. Katanya, baya-baya kami ni sebenarnya dah kena fikir untuk berkahwin. Jangan tangguh-tangguh dah. Walaupun kita ni ada yang masih belajar, tapi umur macamni kita kena fikir. Walaupun kita kata tak bersedia, sampai mati pun takkan bersedia! Haha! Semangat pula. Dia cakap macamni kat aku. Layan jelah.

Entahlah. Fikir-fikir pun, tak kemana juga kalau tak bertindak, betul tak? Kadang-kadang boleh stress sebab berfikir benda yang tak tahu hujung pangkalnya, kenapa perlu kahwin? Benda-benda macamni sebenarnya gangguan sampingan. Penting tapi, belum penting lagi. Macamtulah. Entahlah. Tak tahu apa tindakan. Just wait and see.

Tiba-tiba sedih.
Wallahualam.

2 Shreks:

Anonymous said...

kdg2 baca post k.kausar ni mcm pelik lak...hehehe...

Kay J said...

nape pelek?

 
;