Bukan Rindu

"Setiap hari Khamis je, air mata Adek keluar. Tak tahu kenapa."

"Adek rindu mak ke?"

"Bukanlah, mana ada Adek rindu mak. Cuma air mata ni nak keluar, tak boleh kawal dah."

"Kalau bukan rindu apa?"

"Mana Adek tahu."

 
Adek dah besar.


Mak kata, Adek tak tahu rindu tu apa, sebab dia tidak pernah berjauhan dari keluarga terutama mak dan abah. Doakan Adek yang terbaik di SMIH.

0 Shreks:

 
;